Salam Ramadhan ....Upgrade Iman,Delete Dosa

Syaaban dah meninggal kan kita, kini tiba masa Ramadhan pulak dalam menanti Syawal menjelma...
harap ramadhan kali ni lebih baik dari ramadhan yg sebelumnya,
2 tahun kini menjalani ramadhan berdua bersama anak tersayang,
al-hamdullilah masih dipanjangkan umur untuk menyambut ramadhan bersama anak tersayang,
ianya akan jadi lebih indah jika dilengkapi sebuah keluarga yg sempurna,
tapi apa kan daya, sapa kita untuk melawan takdir yg telah ditentukan,
bersyukur dengan apa yg telah diberikan dan ditentukan,
kerna itu adalah yang terbaik dari terus merunggut dan melakukan kesilapan.

" Selamat menjalani ibadah puasa dengan penuh Keberkatan dan Kesyukuran "

segalanya berubah dengan tiba-tiba....

lps hari tu ........
betul-betul menguji kesabaran,
tolak ansur yang diinginkan, Insya Allah akan ditunaikan,
sekurang-kurangnya diri ni x ego untuk meminta maaf dan berterima kasih,
sekurangnya2 diri ini tahu erti tolak ansur,
tapi kalau org dah mengangap kita ni musuh kenapa perlu diteruskan utk jadikannya kawan,
padahal makna kawan padanya bila ingin tahu tentang sesuatu,
dah dapat apa yg di hajati, org tu tiba2 dibuat musuh,
xpalah biarkan jer semua tu, kita ni bukan sapa2 dan bukannya NABI kan,
untuk nak menghukum seseorang tu,
biarlah kalau dia bahagia dgn apa yg dia buat,
yang penting dia bukan sapa2 untuk DIRI INI....
dan xrugi apa-apapun kalau xada kawan mcm dia.


* JANGAN SEBAB GAGAL YG PERTAMA KALI ORANG LAIN DISALAHKAN ATAS KESILAPAN DAN KESALAHAN DIRI SENDIRI ATAS KEGAGALAN YG KE-2 KALI.

bola oh bola....demam bola lah pulak

first time tgk perlawanan bola dari mula hingga abis, fuhhh mcm xpercaya yg aku ni boleh duk
tengok bola...nak kata minat sgt tu xdalah tapi disebabkan ada yg minat bola so dari xminat teruslah jadi minat kan....hehehhehe..
tambah2 kalau ada org bawa tgk secara live....
rupa2nya best gak tgk bola ni, mmg layan lah...
apa pun tahniah erkk pada pemain malaysia...
walaupun seri 1-1 dan dari segi agregat 4-6..tapi kira oklah tu dari xda langsung...
lepas ni kalau ada perlawanan bola gerenti aku akan gi tgk..
itupun kalau ada yg sudi nak bawa ....
yang pasti akan akan terus menyokong pemain kebangsaan malaysia...

Berharap akan Bahagia, Jangan berharap ditimpa Bencana...

" Jika dengan senyuman boleh mendapat Kebahagian, Mengapa tidak melakukannya sekarang.
Tersenyumlah sekarang supaya anda menjadi orang yang Bahagia "

" Sekali-kali jangan berputus asa. Mencuba itu memang lambat dan memakan masa. Lebih dari itu, pasti ada penghalang ke arah cita-cita itu. Justeru jangan sekali-kali mengaku kalah dengan nya. "

satu jawapan dah terjawab akhirnya..xperlu rebut peluang yg ada.

peluang yang datang xperlu untuk direbut, kerna ianya akan memakan diri sendiri,
bila kebaikan dibalas dgn cemuhan bagaikan satu penghinaan,
bila kebaikan disalah tafsir dan dinilaikan, bertambahlah sakitnya,
terlalu penat dah diri ini memaafkan dan cuba memahami diri org lain,
tp xpernah langsung nak dihargai,
bila diberikan kepercayaan tp disalah gunakan malah dipersendakan,
bodoh sgt ker diri ini kerna mudah percaya dgn katanya,
walaupun berkali2 telah disakitkan,
tidak terniat langsung dlm diri ini utk lihat kehancuran dlm diri org lain,
kerna diri ini sendiri pernah merasakan kehancuran tu.
susah sgt ker nak merima diri ini seadanya ?????
apa yg benci sgt ?
apa yg sakit hati sgt ?
mengalah dan megundur xbermakna aku takut,
cuma tidak mahu disalahkan atas apa yg berlaku .
hanya mampu mendoakan yg terbaik untuknya...amin.

"Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya "

MAKIN KUSUT , MAKIN BERCELARU...TARIK DIRI ATAU REBUT PELUANG YG ADA...

pagi semua..pagi ni bgn awal dr yg biasanya walaupun tido agak lewat,
walhal mata masih mengantuk lagi nie,
malam td gi kuar gi minum n makan2 dkt nz klcc,
pertama kali kuar makan dekat situ,
ramailah jugak orang kan, makin lewat makin ramai org yg datang,
mata meliar melihat keadaan sekeliling tapi pikiran melayang entah ke mana,
2-3 hari ni bermacam2 perkara yg bermain dikepala nie,
macam2 lah....
rasanya dah lama xkuar lewat2 malam nie, selalunya isya ada menemani tapi tidak mlm td,
utk hilangkan rasa kesunyian tu kenalah kuar walaupun xda mood nk kuar sebenarnya...

dr mlm td sampai pagi nie duk teringat kata seseorg
" rebutlah peluang yang ada " & " kita xtau takdir tuhan "

percaya pada takdir yg telah ditentukan..
jodoh xda sapa yg tau dan jangka apa akan berlaku dgn sapa kita akan dijodohkan
ada tu bercinta dgn org lain kahwin dgn org lain,
ada tu bercinta bagai nak giler tapi putus ditgh jalan...
ada tu cinta sampai mati...
ada tu sanggup buat apa saja demi cinta..
tapi kenapa cinta dan sayang yg IKHLAS tu X PERNAH org nak nampak dan hargai...????

rindu serindunya, benci sebencinya...?????

pagi ni rasa macam xberapa sihat,kepala sakit...
mungkin sebab malam td xboleh tido n tido xlena,
padahal bukan masalah sendiri, tp masalah org lain,
silapnya kerna dah TERmasuk campur dlm urusan org lain,
kalau tahu dari awal xnak masuk campur,
otak pun xdalah sakit duk pikir masalah lain,
sedangkan masalah yg ada pun xsettle2 lagi nie,

yang peliknya tiap kali dia ada masalah nape aku kena tahu?
kenapa aku perlu tahu semua yg dia alami ?
sedangkan aku xnak ambik tahu langsung pasal dia...
dia bukan sapa2 lagi utk aku ..
kan bagus kalau dapat hidup jauh ...
tapi lari jauh mana sekalipun kenangan tu tetap xkan pernah hilang...

hatimu milikmu jua...

Di sisimu aku terdiam seribu bahasa
Di hatiku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahkan
Ku cinta padamu
Nafasku terhenti bila melihat dirimu
Terasa pantas degupan jantungku
Mungkinkah hatimu milikmu jua
Ku sayang padamu..

Bagai bahtera
Dilanda badai
Gelora cintamu
Mengoncang jiwaku
Berombak mencari
Daratan yang damai

Kanku coretkan kenangananmu
Dalam sanubariku ini
Agar jadi yang terindah
Dalam hidupku ini .

macam mana erkkk? aku konfuis gak nie....

macam mana nak berbaik dgn org yg pernah buat kita sakit hati..?
macam mana nak berbaik dgn org yg pernah buat kita kecewa...?
macam mana nak pulihkan hubungan yg dah lama terputus....?
macam mana nak terima seseorang yg selama ni jadi musuh kita tapi jadikan kawan baik...?
macam mana nak terima diri dia seadanya...?
macam mana nak hilangkan rasa benci...?
macam mana nak hilangkan rasa marah pada seseorang...?
macam mana ? macam mana ? macam mana ?

sebabnya dah penat hidup dlm keadaan mcm nie..
sebabnya dah penat bermusuh...
sebabnya dah penat untuk membenci...
sebabnya dah penat hidup dalam kesakitan...
sebabnya xnak ada musuh dlm hidup nie
sebabnya aku inginkan kedamaian dan ketenangan....

perlukah  diberi peluang kedua ?
perlukah utk bagi ruang pada dirinya untuk berubah ?
perlukah biarkan ia hidup bahagia dan mendoakan dia ?
perlukah aku teruskan permusuhan nie ?

sampai bila nak terus kan kehidupan begini...?
sampai bila nak terus bermusuh ...?
sampai bila nak saling membenci...?

Xsalahkan jika diberi peluang untuk berubah dan perbaiki hubungan yang dah rapuh.
semua orang buat salah,jadi kenapa x diperbetulkan..?
nape mesti nak cari salah dan silap diri masing..?
xboleh ker jujur dan ikhlas dalam sesuatu perkara....?

jom bercerita " sekali lagi "

semalam tgk filem " Sekali Lagi " bestnya sweet sgt citer tu.tgk aksi keletah mia..comel sgt..
tapi mmg best citer tu romantik, comel , kelakar n sedih,
semua dapat rasa secukup rasa...hehhehehhe
tapi yg best sekali cerita ni ending dia " happy "
nasib x sedih...tengah citer ni mmg sedih tambah2 masa
lisa marahkan mia sbb jumpa ayah dia...
dan yg paling sedih masa lisa citer pd haris masa silam dia dan
sapa amran yg sebenarnya...
dan akhirnya lisa memilih haris sbagai teman hidupnya,
so sweet kan citer nie..suka sgt..
akhirnya setelah lama menderita dan kecewa akhirnya lisa bahagia...

p/s: xda sapa apa yg akan tahu apa yg bakal terjadi pada diri kita melainkan Dia....
      xkan ada Kebahagian kalau xhadirnya Derita dan Dugaan,
      Tulah Kuasa yang Maha Esa...Amin.

Renung-Renung Kan....





yang berlalu biarkan berlalu....Peace Yo..

bila kita nak berubah tapi tibe2 org ungkit mcm2,
kalau korang sakit hati x ?
sakit mmglah sakit hati kan,
tp kita ni patutnya bagi sokongan pada dia yg nak berubah ni
bukannya menjatuhkan dia,
kalau semua duk menghentam dia mcm mn dia nak bangkit utk berubah,
xda org dlm dunia ni yg nak jadi jahat selama2nya.
org macam ni perlukan seseorg yg boleh tlg dia untuk bangkit dr terjatuh.
mungkin dia silap dlm mengatur hidup dia...
mungkin dia silap dalam mengejar sesuatu...
mungkin dia silap dalam membuat keputusan...
mungkin dia silap dalam memilih pasangan hidup...
mungkin dia silap dlm banyak hal...
tapi ada hal yang betul dibuatnya yang kita xpernah nampak dan sedar..
dan perlu diingat xda manusia yg sempurna dalam dunia nie,
kita pun belum tentunya yang TERBAIK...

rumusan nya disini : yang berlalu biarkan berlalu, kenapa perlu sakit menyakiti antara satu sama lain, bak kata pepetah lah kan " jgn marahkan nyamuk kelambu habis dibakar ".

* Peace Yo..Peace No War......
                            

uik diam2 dah bulan Julai...cerciter dyana..

ermmm xsedar dah bulan julai kan...ermmm terasa cepat sgt masa berlalu,
sejak akhir2 ni banyak keje rasa penat pun ada, kalau dapat pergi spa kan best..hehehhe
kalau dapatlah kan, tapi penat2 pun masih boleh gi jalan sana sini bawa dyana,
kalau lah dah ada kereta senang sikit nak bawa dyana jalan2,
panjang jer langkah kaki ni nak kesana sini...hehheheheh
xpa xlama jer, nanti dapatlah dyana naik kete baru...insya allah dlm tahun ni
ada rezeki lebih sikit yg penting dyana happy dan selesa,

bila dyana happy,,dyana pun berkata " kita enjoy dulu mama "hehehehhe
dyana dah petah berkata2 sampai mama dia pun xterkata dibuatnya,
dan ada masa mama dia lak yg terlelap dgr dyana duk bercerita,
tp kadang2 jerlah,selalu mama dia akan pastikan dia tidur dulu baru mama dia tido,
tp tido dgn dyana punyalah lasak dia tido, satu katil tu dia blh pusing 360 darjah...ahahhahah
yang pasti dyana comel, cute dan mama syg dyana ...
sayang sangat2 lebih dari segalanya..

" dyana sentiasa dihati mama & permata hati mama "