penghujung bulan march tibanya bulan april...

sibuk betul cik mimie kita nie sejak keje tempat baru ni, masa bersama kwn2 pun dah berkurangan sangat bukan jer time nak jumpa susah tp nak call kwn2 pun kadang xsempat...tp nasib ada sorang kwn ni yg sentiasa setiap minggu yg selalu bertanyakan khabar cik mimie kita..bertuah ada kawan yg sentiasa ingat pada kita dan ada diwaktu susah dan senang. tapi dalam sibuk2 ni cik mimie xlepaskan peluang untuk tulis blog...
bertambah sibuk lagi apabila cik mimie kena blaja akaun pulak...huhuuhuhu..so tanggungjawab pun bertambah lagi. siapa kena training lagi utk blaja akaun ni, al-maklum cik mimie ni dulu blaja xambik akaun sbb xminat so bila diberi tugas utk buat akaun dh mula pening kepala..so ada masa sebulan utk betul2 blaja buat akaun nie...yerlah perkara yg berkait dgn duit ni kena buat betul2...
so bila dah ada peluang diberi kita ambik dan gunakan sebaik mungkin, jangan sia2 kan peluang yang ada kerna peluang yg datang tu bukannya selalukan..so cik mimie study hard from now..tgk bkn jerr kena blaja akaun tapi kena blaja BI jugak...huhuhuhu..
 masa untuk main2 dah abis, skrang kena serius dgn setiap perkara dan keputusan yang ingin dibuat.so mimie semoga anda success dan jadi the best woman n the best single mother...hanya kita yang boleh merubah diri kita bukannya orang lain...

Menghitung Hari ....

Lagi 1Bulan 7 hari ...bersamaan 37 hari...
xsabar nak tunggu hari dan saat tu,
harap2 kehidupan lebih baik nanti,
Semoga semuanya berjalan dengan baik dan lancar
Semoga tarikh tu membawa Keberkatan dan Kebahagian dlm hidup ..Ami

dekat dimarah dan dibenci, tapi bila berjauhan jadi rindu ....

 ermmmm bila ada depan mata Marah,Benci,Bertekak
Tapi bila xda depan mata mulalah Tercari2, Tertanya2 dan Rindu pun ada agak....
 bila hari-hari jumpa rasa busan
 tapi baru beberapa jam xjumpa , xmsg n xcall dah jadi resah .
selalu kalau xcall akan msg tapi hari ni dua2 pun xda...
ermmm..mungkin sibuk kot,byk keje kot..
itu kalau betul2 sibuk n banyak keje, kalau  x......!!!!????
ishhh...apasal lak nak duk pikir kan dia,
dia bukan sapa-sapa pun , hanya Sahabat,
tapi tulah dh xda teman utk bergaduh, bertekak ni rasa sunyi pulak...
bukan sunyi apa, sunyi sbb ari ni terlalu free sampai mata ni duk rasa nak terlelap jer..

ada yang kata aku sedang di lamun cinta dan bermain cinta...
hahahhahaha...buat aku tergelak jer ,
aku ni nak bercinta ,ishhhhh2....ada masa ke nak pikir soal tu semua..???


    
p/s : andai aku ditakdirkan utknya dan hadirnya utk memberi kebahagian aku akan terima dirinya seada,
  dan andai dia juga dapat menerima diri ku ini seadanya akan ku terima dia seiklas hati.

Salam Terakhir ....!!

Hari ni mimie xsibuk sangat seperti hari-hari sebelumnya, keje agak kurang sikit hari nie jadi bila dah free nilah time untuk mimie singah dekat blog2 yang ada..
Sambil2 sambil tu nak berkongsi cerita juga..

Semalam dapat berita yang agak sedih iaitu arwah abg mizi telah meninggal dunia.
Al-Fatihah buat  arwah abg mizi, semoga dia ditempatkan dikalangan orang yang beriman dan semoga rohnya dicucuri rahmat...yang menyedihkan lagi 2 minggu sebelum tu,arwah ayah abg mizi juga telah meninggal dunia..Arwah abg mizi meninggal disebabkan menghidap penyakit kanser,dah lama gak arwah menangung sakit,last dapat berjumpa dengan arwah masa raya tahun lepas buat rumah terbuka..masa tu arwah mmg nampak dah lain,..dan mungkin pemergian arwah adalah terbaik daripada arwah terus menangung kesakitan.

Perkenalan dengan arwah abg mizi bermula masa bekerja di 7-eleven..arwah seorang yang baik, kelakar dan sporting giler...selalu kalau jumpa time nak bank in duit dkt bank public, sbb arwah bekerja di bank public xpun time arwah datang beli brg dekat 7-eleven...xlama tu arwah ditukarkan ke cwangan public bank lain, terputuslah hubungan buat sementara waktu..setahun xlama lps tu berjumpa semula apabila mimie ditukarkan pula ke cwangan 7-eleven yg lain dimana disitu arwah abg mizi bekerja...itupun xlama sebab  xlama lps tu arwah ditukarkan lagi ke cawangan yang lain lagi...
kebetulan kakak mimi pun bekerja dipublic bank sama dgn tempat arwah
so tahu lah jugak perkembangan tentang arwah,
arwah pun kalau dijemput dtg umah kalau ada kenduri atau jamuan arwah akan dtg...
arwah pun dh kenal semua ahli keluarga mimie...

ha tulah citer yang mimi nak kongsi dengan korang semua..
sebenarnya mimie terkilan gak sbb xdapat gi jumpa atau melawat arwah masa dihospital.
yang mampu mimie buat doakan arwah dan sedekahkan Al-Fatihah buat arwah...

p/s : Nyawa kita adalah pinjaman sementara sahaja,sampai masa akan diambil 
       semula tanpa kita tahu bila waktunya ....
       mungkin masa tu kita dah bersedia dan mungkin juga tidak,
       oleh tu pastikan apa yang belum kita selesaikan didunia ni kita selesaikan selagi kita bernafas.
      
     

Selamat Hari Wanita Ke-100 ....

Selamat Hari Wanita Ke-100 untuk semua Wanita-Wanita Sedunia,
tahun ni masuk tahun ke-2 ada orang wish Selamat Hari Wanita,
Tahun ni jugak bertambah lagi sorang yang wish Selamat Hari Wanita dkt aku,
rasa dihargai walaupun sekadar bergelar sahabat dan abang tapi diaorg berdua ni
terlalu baik buat aku, berkawan dikala susah dan senang. Sentiasa memberi nasihat2 yang
positif dan sentiasa memberi sokongan di saat aku memerlukan.

" Selamat Hari Wanita Ke-100. Semoga terus kekal sebagai Wanita yang tabah , berdikari serta penuh kasih sayang....Semoga tahun ni lebih baik dari tahun2 yang lepas "
( ni msg pertama yang aku dapat awal pagi tadi..)

" Selamat Hari Wanita Ke-100 "
( ni msg kedua yang aku dapat 1jam yang lepas....)

Setiap kali hari wanita aku xpernah tahu sbb xpernah  tahu pun
 tapi bila ada yang wish baru aku tahu adanya Hari Wanita.
Bagus kan kalau semoga Lelaki dlm dunia ni tahu menghargi Wanita.
Kadang-kadang orang yang dekat dgn kita pun xpernah wish dekat kita ,sebaliknya
orang yang jauh dari kita,yg kita xpenah jumpa dan xpenah ada sebarang hubungan
dengan kita yang ingat Hari2 yang Penting utk kita.

p/s : Bersyukur sangat2 kerna dalam hidup ni ada juga insan yang tahu menghargai dan menilai
       diri ini...

Terasa Rindu Dengan Kawan-Kawan Lama...

Ahad lepas kawan baik yg sememangnya baik telah selamat melangsungka Perkahwinannya dikedua2 belah pihak.Semoga mereka bahagia kekal ke Akhir Hayat ...Amin..Meriah juga majlis perkahwinan kawan baik aku nie,yang bertambah bestnya sebab dapat jumpa ramai kawan2 lama tapi sayangnya xdapat nak duduk lepak lama2 dengan kawan2 sebab balik tumpang orang,al-maklum lah lesen kereta xLulus lagi...
Seronok juga kalau dapat kumpul ramai2 mcm dulu mesti meriah kan, teringat lak zaman bekerja di 7-eleven memang best giler. macam2 perangai baik dari staff,mt, asm,sm dan fm..semua nak ikut rentak masing2,ada yang sekepala dan ada yang xsekepala,walaupun skrang masing2 dah bawa haluan masing2,dan ramai dari kawan2 yang dulunya bekerja di 7-eleven kini dah pun berhenti tapi masih terus berhubung antara satu sama lain.
  Oleh tu dapatlah satu idea dari seorang ni, yang dulunya juga pernah bekerja di 7-eleven dan pernah menjadi staff aku ( pian namanya ) memberi idea untuk membuat satu Group di Fb khas untuk Ex 7-Eleven.Alhamdullilah dapat juga sambutan dari geng 7-eleven..dan dalam perancangan juga sebenarnya nak adakan Reunion untuk Ex 7-eleven...Mesti meriah lah,bkn jer meriah tapi riuh rendah dgn gelagat geng2 7-eleven nie...Tahun lepas sempat juga buat reunion berbuka puasa di Sekinchan Ikan Bakar , tapi ramai yg xdapat hadirkan diri, lgpun masa tu ramai yg xtau lagi.So tahun ni harap2 dapat dilancarkan dgn baik...dan xsabar rasanya nak buat reunion bersama geng2 7-eleven ni,selain dari dapat berjumpa kawan2 lama dapat juga merehatkan fikiran nie.
  Tibe-tiba lak aku ni bersemangat pulak nak buat Group 7-Eleven ni.Bukan apa seronok rasanya sebab dapat jumpa kwn2 mesti banyak perkara yang nak diborakkan nanti.Kalau dulu aku dengar cakap kawan2 mesti skrang aku lagi bahagia...ishhhh tibe2 lak aku ni nak touching2. Xbaik tau menyesali dgn apa yang pernah terjadi..."xmo xmo mcm tu mimie,mimie dah xboleh sedih2 lagi dan buat apa nak sedih2 buang airmata jer,membazir tau " kata-kata dari seseorang.

 Dunia 7-eleven penuh dengan Kenangan.Kenangan Manis + Pahit.Tapi banyak Manis dari Pahitnya.