sesaat kau datang, sesaat kau pergi...

lari lah sejauh mana nak lari, 
diamlah selama mana nak membisu,
xkan dikejar, xkan dipaksa untuk berkata...
jika itu yang terbaik teruskan , moga itu yang terbaik..
tapi itu belum dapat menyelesaikan segala masalah yang ada..
semakin kita cuba menjauh semakin dekat ia akan menghampiri diri kita,
semakin lama kita mendiam selama itu juga banyak yang terpendam...
naper xdilepaskan apa yang patut terluah...???
jangan biarkan masalah berterusan2 menghimpit diri kita,
xkan selamanya kita nak diselubungi dengan masalah...
selesaikan apa yang sepatutnya...
mendiamkan diri dan menjauhkan diri bukan keputusan yang terbaik...
masih ada ker hal tersembunyi yang masih disembunyikan..???
jangan risau selepas ni segalanya akan selesai..
diri ini pun sebenarnya dah penat, terlalu penat...
teruskanlah dengan kehidupan yang diidamkan...
carilah kebahagian untuk diri sendiri dan bukan untuk diri orang lain...

IKHLAS DAN REDHA DENGAN APA YANG KITA LAKUKAN....

seronoknya buka2 blog tgk ramai rupanya yang visit..thanks pada yang sudi visit blog mimie...dari yg luar negara pun ada gak visit.

hari ni mimi xkeje sebab ada hal yang perlu diuruskan jadi terpaksalah mimi cuti untuk uruskan hal2 yang sepatutnya dan akhirnya selesai semua hal yang patut diselesaikan. harap-harap lepas ni semuanya dah xda masalah lagi, yerlah dah nak masuk tahun baru kan, xkan kita masih nak berada di takuk yang sama jugakan, dalam hidup kena ada perubahan, kalau x sampai bila2 pun kita xkan dapat apa yang kita impikan...janji perubahan yang kita lakukan untuk kebaikkan dan bukan ke arah keburukan.

 makin lama kehidupan kian mencabar, perlu banyak bersabar dalam setiap perkara yang kita lakukan ,takut2 nanti memakan diri sendiri.apapun keputusan yang kita buat kena pikir baik dan buruknya,dan kadangkala keputusan yang kita buat tu juga belum pasti yang terbaik dan belum tentu yang terburuk.,,susahkan walaupun nampak mudah tapi bila kita yang dah merasanya akan rasa terlalu berat bila hendak membuat sesuatu  keputusan.

sama juga macam mimi nak membuat keputusan untuk diri sendiri pun susah, walaupun kadang2 ianya boleh membahagiakan mimi, tapi mimi memilih jalan yang susah untuk melihat orang lain bahagia..kadang2 terfikir juga berbaloi ke dengan apa yang telah dibuat dan sampai bila harus macam nie??? mimi pun nak bahagia macam orang lain yang tengah bahagia...nak ada kehidupan yang lengkap..sebuah keluarga yang sempurna...
mimie teringat dengan kata2 seseorang ni yang pernah bagi nasihat pada mimie, makna dia bagi mimie amat mendalam dan sampai sekarang mimie akan ingat pesanan dan ayat itu....

Kadang kita meminta pada Allah setangkai bunga yang indah,
tapi Allah s.w.t berikan kita kaktus berduri,
kita meminta kupu-kupu,tapi diberikan ulat.
Kita marah!!
Namun kemudian kaktus itu berbunga , indah sekali dan
ulat itupun menjadi kupu-kupu yang cantik.
Itulah jalan ALLAH SWT....
indah pada waktu-Nya !
Allah tidak memberi apa yang kita harapkan,
tapi Allah s.w.t memberikan apa yang kita perlukan.
Kadang kita sedih,kecewa,terluka serta berburuk sangka,
Tapi jauh diatas segalanya,
Allah sedang merangkai yang Terbaik dlm kehidupan kita...
Agar kita belajar untuk selalu Ikhlas dan Redha.

setiap apa pun yang kita nak buat pastikan kita IKHLAS dan REDHA, kerna hanya itu yang terbaik untuk kita, belajar dari kesilapan dan bukan mengulangi kesilapan yang sama berulang kali....kenal dan cari siapa kita sebenarnya dan apa yang kita inginkan dan perlukan dalam hidup yang singkat ini kerna xsemuanya kita akan memilikinya....

lembutkan hatinya untuk terima ku seadanya....

berhenti berharap, kerna dia yang hanya boleh membuka pintu hatinya...

ermmm ...lama rasanya x update blog nie..huhuuhuh..tau2 tgk ramai gak yg singgah blogwalking di blog ...tima kasih sebab sudi jalan2 diblog yang xseberapa nie..sejak2 keje baru nie tugasan baru yg byk membuatkan xda masa utk nak berblog,tapi bila sekali dah ada masa mmg xkan sia2kan peluang yang ada seperti hari ni...yerlah apa gunanya ada blog tapi dibiarkan begitu sajakan...
 Cuba teka lagi berapa hari saja kita nak masuk ke tahun yang baru...adalah lagi 13 hari...fuhhhh macam xpercayakan..matlamat yang ingin dituju dan dicapai masih xkesampaian ...ada jer halangan.Kadang2 tu rasa macam dah berputus asa tapi tulah selagi xcapai matlamat yang diinginkan selagi tu rasa ada kekurangan.Sememangnya sukar untuk mengecapi sesuatu yang kita inginkan..makin kita cuba makin susah untuk kita memilikinya...
 Tapi yang pasti sekarang matlamat hidup untuk membesarkan dan memberi perhatian yang sepenuhnya pada satu2nya Puteri tunggal @ Permata Hati Nur Dayana Batrisyia..kerna dia jantung ni masih berdegup, kerna dia nadi ini juga bernyawa..kerna dia segalanya2 dalam hidup ini..biar sesusah mana pun hidup ni , biar apa sekalipun pandangan buruk org terhadap diri ini yang pasti aku jalankan tanggungjawab yang sepatutnya sebagai seoarng ibu...mungkin ada kekurangan tapi aku serahkan pada yang maha esa untuk menentukannya..yerlah sapa yang xnak hidup ada keluarga yang sempurna dan lengkap tapi bila kita dah cuba untuk melakukan apa yang sepatut dan semampunya tapi orang lain hanya mengelak serta menjauhkan diri malah tidak pernah cuba apakan daya kita untuk memaksa...sedih memang sedih tapi perlu ker untuk kita teruskan bila orang dah mmg xperlukan kita dalam hidupnya..
  Memang penat , memang letih...sampai masanya untuk aku terus berhenti berharap darinya...

Detik Ini....

 disisi mu aku terdiam seribu bahasa, dihatiku bergetar sejuta rasa, namun sukar utk aku meluahkan ku CINta padaMu......Nafasku terhenti bila melihat dirimu. Kan ku coretkan kenangan mu, dalam sanubariku agar jadi yang terindah dalam hidupku ini...

" hari ni xsama seperti hari-hari yang sebelumnya..semalam juga dh xbererti bagi diri ini..tapi esok adalah satu permulaan yang terbaik dalam hidup , bukan saja esok tapi detik dan saat ini amat bererti bagi aku...Dia, sapa dia ? yang membuatkan aku mula sedar akan tidak ada ertinya utk aku terus menunggunya...penantian yang selama ini aku tunggu xpernah menjanjikan apa2,buatlah apa cara sekalipun hakikatnya dia bukan milik aku..."

" setiap penyakit pasti ada penawarnya, begitu juga setiap Kesedihan pasti Bahagia menanti...Memang penat dan letih utk kita menanti Kebahagian itu,tapi yakinlah Allah xmenduga kita tanpa sebab"

kau datang pada ku membawa luka lama, ku xingin semua seperti dulu...

tiada duka yang abadi

Tiada duka yang abadi didunia
Tiada sepi merantaimu selamanya
Malam ‘kan berakhir, hari ‘kan berganti
Takdir hidup ‘kan dijalan
Tangis dan tawa nyanyian yang mengiring
Namun ku percaya hati meyakini
Semua akan indah pada akhirnya
Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Waktu berputar rebulan dan matahari
Bunga yang mekar akan layu akan mati
Malam ‘kan berakhir, hari ‘kan berganti
Takdir hidup ‘kan dijalani

hanya kamu.....

penat sungguh...

dah 2tahun rupanya ...ermmmmm sememangnya aku dah penat menanti dan terus menanti, sabar dan terus bersabar...penat sangat2...tapi tulah selagi terdaya aku akan terus berdoa dan terus berharap....semoga penantian ni akan berakhir dengan kebahagian..amin

terindah itu sementara Tapi boleh jadi kekal jika kita jadikannya Indah Seindahnya...

kadang-kadang kita xtau apa yg telah ditentukan untuk kita....
kita terus menunggu dan menunggu hingga kadang2 kita sia-siakan masa yg ada...
kenapa perlu dinanti sesuatu yang xpasti..
kenapa xserahkan saja semuanya pada takdir...?
kalau dah tertulis dia memang untuk kita lambat atau cepat pasti akan menjadi milik kita...
kalau dia bahagia kita jua pasti bahagia...
dan diri ini sentiasa mendoakan agar dia bahagia..
walaupun xdapat bersamanya tapi mendengar tentangnya dr jarak yg jauh sudah mencukupi...
kerna diri ini sendiri xpasti samada dia masih milik org ataupun bkn milik sesiapa lagi...
andai diri ini diberi peluang xkan sesekali aku lepaskan peluang yg ada begitu saja,
malah akan ku tebus semuanya dan menjadikan nya satu Yang Terindah...
namun siapa diri ini untuk menentukan segalanya..
aku masih berpegang pada katanya...
kalau ada jodoh kita , adalah nanti...
bukan senang nak menambat hati seseorang tu..
utk menambat hatinya kita jua kena menambat hati keluarganya dulu...
tapi kini aku hanya mampu berdoa dan terus berdoa..
agar dibukakan dan dilembutkan hatinya...amin...

p/s: ha da baca tu jgn nak buat andaian yg negatif erkkkk....apa yg penting kita jujur dlm melakukan sesuatu perkara ,barulah hidup kita ni diberkati bkn buat sesuatu utk menyakiti hati masing2.

tak ingin lagi rasanya ku bercinta ..............

Kemarin ku dengar
Kau ucap kata cinta
Seolah dunia
Bagai dimusim semi

Kau datang padaku
Membawa luka lama
Ku tak ingin seolah
Semua seperti dulu

Tak ingin lagi rasanya ku bercinta
Setelah ku rasa perih
Kegagalan ini membuat ku tak berdaya

Tak dapat lagi rasanya ku tersenyum
Setelah kau tinggal pergi
Biar ku sendiri tanpa hadirmu kini lagi

merenung seketika detik ....

ada dalam tiada tanpa kita sedari,
perginya ia begitu saja,
menanti dan terus menanti,
adakah bahagia yang dikecapi atau masih sama seperti dulu,
kini walaupun belum pasti,
tapi tidak sesekali mengalah atau berputus asa,
moga dengan kesabaran ini akan membawa dan membahgiakan ,
kadang kita lupa ada yang jauh lebih utama dr apa yg kita cari,
kadang kita suka mencari sesuatu yang kita sendiri xpasti dan tahu akan jawapannya,
tapi selagi hayat dikandung badan,
tidak sesekali mengalah dan terus mengalah,
kerna yakin berkat kesabaran seseorang tu suatu hari nanti ianya pasti akan kecapi kebahagian itu...
bukan wang ringgit dan harta yang diperlukan,
cukuplah sekadar kasih sayang dan keihklasan...
diri ini sentiasa menerima diri mu seadanya,oleh itu susah ker kamu menerima diri ini seadanya,
ingatlah di saat susah mu, siapa yang ada
kerna sememangnya disaat senangmu semua berlumba2 dtg kepada mu...
tapi belum tentu di saat susah mereka berlumba datang kepada kamu...

BERI KESEMPATAN .......

Perih rasa di hati
Saat ku melihat kamu
Pergi tinggalkan aku
Dengan memendam cinta yang lain

Dengarlah laguku memanggilmu
Kembalilah...
Berikanlah aku kesempatan
Buktikan seluruh cintaku

Sepi rasa di jiwa
Saat kau tak disampingku
Cinta yang dulu ada
Kini terhempas cinta yang lain

memahami dan menghargai...susah ker...????

sukar kan kita nak paham tentang hati seseorang tu...
adakalanya dia ok adakalanya dia xok,
kita buatlah apapun, mcm mana pun walaupun yg kita buat tu dgn ikhlas tapi org xpernah nampak dan hargai apa yg kita buat utk dia..
sebaliknya apa yg kita buat tu disalah erti kan dan dianggap hanya utk nak cari perhatian dari dia...
ada tu pulak yang anggap kita ni suka timbulkan masalah dan isu2 yg boleh membuatkan pergaduhan..
kadang2 tu rasa sedih gak bila org yg kita rasa kita boleh harapkan dan percaya tapi xpercayakan kita dan selalu pikir negatif ttg diri kita..
bukan niat hati ni nak susahkan dia,nak buat dia susah hati, nak buat dia rasa tersepit atau nak salahkan dia tapi cuma harap dia pun dapat utk paham diri kita nie seperti mana kita cuba paham diri dia yg sekarang...
ada tu kadang2 kita nak gak dia faham situasi kita, tapi xtau dia nie susah nak paham kita...
ada tu pulak xtegas dalam nak buat keputusan, teragak2 dan ada tu pulak buat sambil lewa lps tu mulalah hidup xmenentu...dia rasa susah xpa tapi kita ni yg tgk dia susah walaupun xda kaitan apa2 tapi turut rasa xmenentu sbb hidup dia  x menentu...

xbanyak pun untuk diharap, cukuplah sekadar memahami dan cuba utk hargai org yg ada sementara ianya masih ada dan masih nak bersama utk berkongsi susah dan senang..kawan senang mmg ramai tapi kawan waktu susah belum tentu semuanya ada setia menemani kita...

kenangan dunia 7-eleven kembali diingatan....

Alhamdullilah tahun ni 2 org kawan baik aku dah selamat mendirikan rumahtangga.
yang sorang bakal jadi ibu bulan 12 nie, dan yang paling seronoknya dia tgh mengandungkan kembar...yang lagi sorang hari ni dah selamat jadi isteri orang.
dan yang paling bestnya pasangan diaorg ni semua dari satu tempat keje yang sama...
ehem ehem...mcm kita lah...bertemu jodoh di tempat keje ( 7-eleven ), samalah dgn 2 org kawan aku ni duk bercinta dgn rakan sekerja gak...tapi sekarang masing2 dah bawa haluan masing2..bila sorang berhenti, satu persatu kitaorg pun berhenti tp persahabatan kitaorg tetap mesra dan rapat mcm dulu. sentiasa bersama xkira susah atau senang...sedia berkongsi citer dan masalah..

hari ni bkn dapat jumpa balik 2 org sahabat aku ni, tp ramai kwn 7-e lama yang dapat aku jumpa balik, rindulak masa zaman dunia " 7-eleven " kitaorg..ada yg dah jadi mak org, ada tu yg masih single , ada tu yg .... dan mcm2 lah. tapi yang seronoknya hari ni dapat jumpa diaorg semua dan melihat seorang lagi kawan baik aku mengecapi bahagia bersama org yang dicintai..semoga hubungan mereka kekal ke akhir hayat hendaknya..

AKHIRNYA TERUNGKAP JUGA SEGALANYA...

Alhamdullilah akhirnya hari nie terungkap  apa yang aku pendam selama nie,xkisahlah dia nak pikir apa sekalipun yang pasti aku dah bagitau apa yang aku rasa dan selebihnya biar dia yang tentukan...selagi xluah selagi tu rasa xpuas, tp bila dah luah rasa puas sgt..xda lagi beban dlm hati nie...walaupun aku tahu jawapannya mungkin tidak , mana tahu ada keajaiban akan berlaku dalam hidup kita kan, xda sapa yang tahu ....

untuk entry hari nie, tu jerlah..otak tgh jem so xda idea yg nak ditulis...

Selamat Hari Raya Semua...Maaf Zahir Batin....

Rasa macam xpuas jer berhari raya lagi, dah kena masuk keje..
fuhhhh..sungguh busan..tp masuk2 keje hari nie dpat berita yg kurang menyenangkan aku....memang xprofesional langsung...

malas nak citer pasal keje, baik citer pasal hari raya..hehehhe
raya kalai ni sungguh best, nak tahu sebab apa best sbbnya isya dapat beraya dgn papanya dipagi raya ...dalam gembira tu ada gak sedihnya sbb dapat beraya sekejap jer ...kalau dapat beraya bersama setiap tahun kan lagi bahagia...tp tu mungkin xkan terjadi...mcm lagu Tam spider..."mungkinkah akan terjadi, dirimu aku miliki "...

tapi yang penting bagi aku isya happy dan bahagia , walaupun aku tahu aku xdapat bagi yang begitu sempurna pada isya..tapi sekurang2nya aku dah mencuba dan begitu juga isya yang ada papa yg terlalu sayangkan dia...Nur Dayana Batrisyia satu2satunya insan yang paling istimewa dalam hidup aku selain dari dia..

aku percaya pada qada dan qadar yg telah ditentukan olehnya, dan aku yakin kalau jodoh aku kuat dgnnya xkira lambat atau cepat pasti akan bersatu jugak..mungkin dia bahagia dgn kehidupan barunya ini, dan yang aku harapkan dia terus bahagia walaupun bukan dengan aku...






xyah nak touching2 sgtlah cik mimie oiii...ok jom kita tgk pic raya isya n mama..


konfius, konfius oh konfius nyer aku nie...

kenapalah tiba-tiba boleh konfius dgn diri sendiri dan konfius dgn perasaan sendiri...
ermmmm..mula-mula excited nak buat, lps tu  takut pulak,
ermmmm..mcm mn nie?
hangat-hangat taik ayam pulak aku nie,
hari tu excited sgt ,tapi bila nak mulakan jadi kaku n takut2 lak..
bkn apa takut nanti dikata " hidung x mancung pipi tersorong2 "
kejap yakin, kejap x yakin...
tapi kalau xcuba xtau pulak hasilnya mcm mn...
tapi kalau org mmg dah xsuka blh ker tiba2 dia jadi suka..?
lainlah aku ni mmg jenis lembut hati,
bila dah sayang, akan syg sorang tu jer sampai bila2..

xpalah korang doakan jerlah aku dapat apa yg aku inginkan,
xbyk xlebih pun...
hanya ingin hidup bahagia bersama org yg disayang dan dicintai..

mood raya tiba2 hilang, aku pun nak bahagia gak dipagi raya beraya bersama...

apasal ni mood raya tibe-tibe hilang,
dari td duk pasang lagu raya mood xdtg2 gak,'
nak nangis adalah...huhuhuhu

aku pun nak bahagia mcm pasangan lain,
beraya dipagi raya bersama anak dan suami,
aku pun nak rasa nikmat bahagia tu utk selamanya bkn sementara,
kalaulah aku ada kuasa aku akan pastikan dipagi raya dia ada bersama,
tp itu memang suatu perkara yg mmg mustahil dan xkan terjadi,
kalau terjadi pun ianya hanya dalam mimpi,

harap jiwa dan hati ni kuatlah dipagi raya,
harap senyuman yg akan terukir bkn titisan airmata,
harap lebaran kali ni membawa seribu rahmat,
harap2 juga lebaran kali ni membawa erti yg bermakna,
harap juga dia bahagia...amin.


Aishah : Pulanglah (HQ Audio)


termenung ku sendiri.....

ermmm..lagi berapa hari dah nak raya...
rasa seronok pun ada, rasa sedih pun ada, mcm2 rasalah ada...

yang seronoknya sbb dapat beraya bersama anak tersayang,
dah tentu isya lagi seronok sbbnya dapat pakai baju baru, kasut baru, beg baru..
tambah2 tahun ni papa dan tok wan dia belikan 3pasang baju raya n sepasang kasut raya,
alhamdullilah tahun ni rezeki murah , so dapatlah beli keperluan lbh sikit utk isya..

tapi yang x seronoknya sbb kekurangan seseorg dlm raya kami berdua..ermmmm
sekali jer isya dapat berasa beraya bersama-sama mama & papanya,
itupun masa dia baru 2-3 bln, xtau apa2 lagi pun masa tu,
tahun yg kedua raya dah mula raya berasingan..
kalaulah masa tu  dapat diundurkan, tentu isya akan lbh bahagia
dan kehidupan kami akan lebih indah...

kali ni berharap sangat syawal tahun ni lebih baik dr sebelumnya,
dan harap sangat lepas ni xkan ada tercetusnya apa2 perbalahan dan
harap2 lepas ni semuanya akan jadi lebih baik...Amin.

boleh x kalau kita jadi mcm dulu....?

boleh ker kita jadi macam dulu balik ??
kalau boleh saya nak jadi lebih baik dari dulu..
tapi itu kalau boleh...
kenapa kita xboleh jadi mcm dulu ???
sebab awak dah xsuka saya lagi kan....
xboleh ker kita mencuba utk jadi mcm dulu ???
mcm mn nak jadi mcm dulu kalau sorang jer yg bertepuk tangan...
benci sgt ker awak dengan saya ???
ya, mungkin benci,tapi benci tu bkn tandanya rindu ....
atau marah sgt ker awak dengan saya ???
tak jugak, tapi adalah sikit marah tu....
awak mmg xnak kita jadi mcm dulu ker???
ermm entahlah saya xtau, sbb saya sendiri pun konfius ....
habis tu awak xnak cuba ker utk perbaiki hubungan kita ???
entahlah awak, insya allah kalau ada jodoh lagi kita akan bersama semula...

* so pastikan setiap hari xhenti berdoa agar allah makbulkan permintaan kita dan selain berdoa kita juga kena berusaha utk capai sesuatu tu, xboleh hanya berserah pada takdir saja...jadi jangan kita sia-siakan masa yang sikit ni terlepas begitu saja..

masih ada ruang kah di hatinya untuk diri ini..sedangkan dia ingin jauh dr diri ini....


bila hati tu dah sayang, org buat apa pun kita tetap terima...
bila hati dah sayang jugak semua benci jadi indah,
bukan senang kan untuk kita nak melupakan ttg sesuatu tu tambahan bila ia pernah jadi sebahagian dari hidup kita....sebab tu ada juga yang mengatakan, " Hati wanita ni lembut " sekeras2 kerak nasi tu kalau ditaruk air akan lembut jugak mcm tu jugaklah dengan hati wanita.....

salah ke kalau kita terus mencintai dan menyayangi seseorang tu walaupun kita tahu ianya xkan mungkin kita miliki... x salahkan kalau kita mencuba ...berharap dan berdoa akan suatu hari nanti hatinya akan terbuka hatinya juga untuk kembali kepada kita demi utk insan yang tersayang...( Anak ).

kalau kita boleh terima dia seadanya kenapa susah utk dia terima kita seadanya ?
kalau diikutkan rasa hati yang memberontak, marah, benci tu mmglah akan binasa tapi cuba kalau difikirkan dari sudut yang lain...atau pikirkan tentang seseorang yg beerti atau yg kita sayang seperti " Anak "....
setiap orang nak lihat anak dia hidup dengan sempurna dan bahagia, punyai keluarga yang lengkap begitu juga dengan anak yang inginkan sepenuh kasih sayang dan perhatian dari ibu dan ayahnya...

xsalah kalau kita berkorban untuk perkara yang bermakna, mana tahu ada kebaikan dan sesuatu yang diluar jangkaan kita yang akan berlaku pada diri kita....setiap orang akan berubah tapi antara mahu dengan tidak saja...dan mana tahu dengan perubahan yang kita buat ini akan membuatkan kehidupan kita akan lebih baik dari hari2 dan tahun sebelumnya...? jadi xsalah kalau kita mencuba kan...

* walau dia bukan yang pertama tapi dia akan jadi yang terakhir dalam diri ini..selamanya.






Renung - Renung kanlah sebagai Panduan ...

1.Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..

4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.

8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?

11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.

13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.

14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?

15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

17.. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?

18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?

19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.

20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.

22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali

23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.

Allah s.w.t. berfirman, “Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan”

Samsons-Kenangan Terindah

titisan airmata Kegembiraan atau Kesedihan...Perlukah kita berbalah....

kenapa perlu lagi menitiskan airmata ? sedangkan airmata tu amat berharga ...
hari ni airmata yang dah lama xmenitis kembali menitis semula,
kenapa perlu dititiskan sedangkan ianya dah lama tersimpan ,
apakah kerna DIA...
atau masih ada kah perasaan Sayang itu wujud dlm diri ni utk Dia...?
atau juga masih ada perasaan Cinta untuk dia walaupun berkali disakiti...?
kenapa perlu menangis kerna Dia.

Kenapa tiap kali ada jer perbalahan yg timbul...?
susah ker untuk nak berdamai, perbaiki hubungan yg keruh tu...?
sampai bila nak terus dalam keadaan mcm ni...?
tolak ansur dan kesabaran yg mcm mn perlu  diberikan padanya..?
susah ker dia nak paham akan diri ini...?
sedangkan aku cuba utk paham dirinya dan masalahnya...?

Dulu kita boleh jadi kakak dan adik, dulu kita boleh jadi satu pasangan yg inginkan kebahagian,
dulu kita pernah menjadi suami dan isteri dan Mengapa kini kita perlu bersengketa walaupun kita dah xbersama....Salah ker kalau hubungan yg terputus tu dibaiki semula...?
andai ada benci dan sakit hati sekalipun, xkan hendak dibiarkan sampai ianya merosakkan sesuatu hubungan?
andai ada benci, ada sakit hati hati ni lebih sakit kerna hati ni yg byk disakiti dan dilukai,
tapi kita manusia xberhak utk nak menghukum sesiapa, andai dia bersalah sekalipun...

Andai masa tu dapat diputarkan alangkah indahnya kerna xkan dibiarkan ianya menjadi kenangan yang pahit  dan xkan di biarkan apa yg terjadi sekarang terjadi...mungkin ada kesilapan yang kita sendiri xsedari tapi xsalah kan kalau ianya diberi peluang dan kemaafan padanya...kalau ianya boleh mambahagiakan ...
xcuba kita xtahu..gagal sekali xbererti kita gagal utk selama2nya,...

p/s : janganlah ada sengketa antara kita, padamkanlah semua kebencian dan kemarahan tu untuk kebaikan bersama...amin.


SEDAR XSEDAR DENGAN APA YANG KITA LAKUKAN,.....

dunia ni indah kalau kita tahu gunakan dengan sebaiknya, hidup pun akan jadi indah dan bahgia jika kita tahu hargai orang sekeliling kita. kita kadang-kadang lupa pada realiti kehidupan kita yang sebenar, mudah terbabas dan terjajar ke arah yang tidak ada hala tuju.kita juga mudah lupa pada setiap apa yg pernah kita janjikan ,tahu berjanji tapi cepat untuk memungkiri janji itu juga.

Ada masa kita jadi orang yang Ego, bkn Ego malah Terlalu Ego..kita malu untuk meminta maaf dan mengaku kesalahan kita walhal kita tahu yang kita memang salah tapi xnak dan tetap xnak terima kenyataan.sebaliknya kita tetap pertahankan perasaan Ego kita tu supaya kita xdipandang rendah..susah sangat ker untuk kita nak mengaku kesalahan yg kita dah buat ? susah sgt ker untuk kita memohon maaf pada org yg dah kita sakiti ?
susah ker untuk menerima kenyataan yang kita telah gagal ...??? gagal tapi kita bangun , bangkit dari terjatuh dan cuba merubah keadaan supaya menjadi lebih baik bukannya terus jatuh dan membiarkan diri kita terus terjunam dan dikawal oleh org yg mampu beri kita apa yg kita inginkan..

Mungkin Ya jawapanya bagi orang yang xtahu erti Tanggungjawab, mengharapkan belas kasihan dan perhatian dari orang tanpa berusaha. Dan tidak bagi orang yang tahu erti Tanggungjawab, Pengorbanan, Kesusahan dan Kesakitan. Mendapatkan sesuatu hasil dari usaha kita sendiri itu adalah yang terbaik dan paling bermakna dari kita selalu mengharapkan sesuatu dari org.

Tapi kalau itu yang kita rasa boleh membuatkan hidup kita bahagia teruskanlah tapi hidup macam tu xsampai kemana pun , sampai masa nanti disaat kita kehilangan sesorg yang kita selalu harapkan kita akan jatuh tersungkur dan pada masa tu kita dh xmampu untuk lakukan apa-apa. jangan sekali-kali kita salahkan takdir jika apa2 yang buruk berlaku pada kita, kerna orang yang menyalahkan takdir adalah orang yang tidak percaya pada qada dan qadar ..oleh tu setiap kesenangan akan bermula dengan kesusahan, dan setiap kesakitan tu juga akan berakhir dengan kebahagian. Oleh itu hargai lah insan yang ada disamping kita, hargailah kasih sayang yg diberi berbaiklah selama ianya masih di dunia.

p/s : sedar x sedar, xtau apa yang ditulis, menulis apa yang terfikir dalam kepala ni lalu terus menaip dan menaip tanpa sedar masa berlalu..mungkin ini juga apa yang dirasai oleh diri ini....

Salam Ramadhan ....Upgrade Iman,Delete Dosa

Syaaban dah meninggal kan kita, kini tiba masa Ramadhan pulak dalam menanti Syawal menjelma...
harap ramadhan kali ni lebih baik dari ramadhan yg sebelumnya,
2 tahun kini menjalani ramadhan berdua bersama anak tersayang,
al-hamdullilah masih dipanjangkan umur untuk menyambut ramadhan bersama anak tersayang,
ianya akan jadi lebih indah jika dilengkapi sebuah keluarga yg sempurna,
tapi apa kan daya, sapa kita untuk melawan takdir yg telah ditentukan,
bersyukur dengan apa yg telah diberikan dan ditentukan,
kerna itu adalah yang terbaik dari terus merunggut dan melakukan kesilapan.

" Selamat menjalani ibadah puasa dengan penuh Keberkatan dan Kesyukuran "

segalanya berubah dengan tiba-tiba....

lps hari tu ........
betul-betul menguji kesabaran,
tolak ansur yang diinginkan, Insya Allah akan ditunaikan,
sekurang-kurangnya diri ni x ego untuk meminta maaf dan berterima kasih,
sekurangnya2 diri ini tahu erti tolak ansur,
tapi kalau org dah mengangap kita ni musuh kenapa perlu diteruskan utk jadikannya kawan,
padahal makna kawan padanya bila ingin tahu tentang sesuatu,
dah dapat apa yg di hajati, org tu tiba2 dibuat musuh,
xpalah biarkan jer semua tu, kita ni bukan sapa2 dan bukannya NABI kan,
untuk nak menghukum seseorang tu,
biarlah kalau dia bahagia dgn apa yg dia buat,
yang penting dia bukan sapa2 untuk DIRI INI....
dan xrugi apa-apapun kalau xada kawan mcm dia.


* JANGAN SEBAB GAGAL YG PERTAMA KALI ORANG LAIN DISALAHKAN ATAS KESILAPAN DAN KESALAHAN DIRI SENDIRI ATAS KEGAGALAN YG KE-2 KALI.

bola oh bola....demam bola lah pulak

first time tgk perlawanan bola dari mula hingga abis, fuhhh mcm xpercaya yg aku ni boleh duk
tengok bola...nak kata minat sgt tu xdalah tapi disebabkan ada yg minat bola so dari xminat teruslah jadi minat kan....hehehhehe..
tambah2 kalau ada org bawa tgk secara live....
rupa2nya best gak tgk bola ni, mmg layan lah...
apa pun tahniah erkk pada pemain malaysia...
walaupun seri 1-1 dan dari segi agregat 4-6..tapi kira oklah tu dari xda langsung...
lepas ni kalau ada perlawanan bola gerenti aku akan gi tgk..
itupun kalau ada yg sudi nak bawa ....
yang pasti akan akan terus menyokong pemain kebangsaan malaysia...

Berharap akan Bahagia, Jangan berharap ditimpa Bencana...

" Jika dengan senyuman boleh mendapat Kebahagian, Mengapa tidak melakukannya sekarang.
Tersenyumlah sekarang supaya anda menjadi orang yang Bahagia "

" Sekali-kali jangan berputus asa. Mencuba itu memang lambat dan memakan masa. Lebih dari itu, pasti ada penghalang ke arah cita-cita itu. Justeru jangan sekali-kali mengaku kalah dengan nya. "

satu jawapan dah terjawab akhirnya..xperlu rebut peluang yg ada.

peluang yang datang xperlu untuk direbut, kerna ianya akan memakan diri sendiri,
bila kebaikan dibalas dgn cemuhan bagaikan satu penghinaan,
bila kebaikan disalah tafsir dan dinilaikan, bertambahlah sakitnya,
terlalu penat dah diri ini memaafkan dan cuba memahami diri org lain,
tp xpernah langsung nak dihargai,
bila diberikan kepercayaan tp disalah gunakan malah dipersendakan,
bodoh sgt ker diri ini kerna mudah percaya dgn katanya,
walaupun berkali2 telah disakitkan,
tidak terniat langsung dlm diri ini utk lihat kehancuran dlm diri org lain,
kerna diri ini sendiri pernah merasakan kehancuran tu.
susah sgt ker nak merima diri ini seadanya ?????
apa yg benci sgt ?
apa yg sakit hati sgt ?
mengalah dan megundur xbermakna aku takut,
cuma tidak mahu disalahkan atas apa yg berlaku .
hanya mampu mendoakan yg terbaik untuknya...amin.

"Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya "

MAKIN KUSUT , MAKIN BERCELARU...TARIK DIRI ATAU REBUT PELUANG YG ADA...

pagi semua..pagi ni bgn awal dr yg biasanya walaupun tido agak lewat,
walhal mata masih mengantuk lagi nie,
malam td gi kuar gi minum n makan2 dkt nz klcc,
pertama kali kuar makan dekat situ,
ramailah jugak orang kan, makin lewat makin ramai org yg datang,
mata meliar melihat keadaan sekeliling tapi pikiran melayang entah ke mana,
2-3 hari ni bermacam2 perkara yg bermain dikepala nie,
macam2 lah....
rasanya dah lama xkuar lewat2 malam nie, selalunya isya ada menemani tapi tidak mlm td,
utk hilangkan rasa kesunyian tu kenalah kuar walaupun xda mood nk kuar sebenarnya...

dr mlm td sampai pagi nie duk teringat kata seseorg
" rebutlah peluang yang ada " & " kita xtau takdir tuhan "

percaya pada takdir yg telah ditentukan..
jodoh xda sapa yg tau dan jangka apa akan berlaku dgn sapa kita akan dijodohkan
ada tu bercinta dgn org lain kahwin dgn org lain,
ada tu bercinta bagai nak giler tapi putus ditgh jalan...
ada tu cinta sampai mati...
ada tu sanggup buat apa saja demi cinta..
tapi kenapa cinta dan sayang yg IKHLAS tu X PERNAH org nak nampak dan hargai...????

rindu serindunya, benci sebencinya...?????

pagi ni rasa macam xberapa sihat,kepala sakit...
mungkin sebab malam td xboleh tido n tido xlena,
padahal bukan masalah sendiri, tp masalah org lain,
silapnya kerna dah TERmasuk campur dlm urusan org lain,
kalau tahu dari awal xnak masuk campur,
otak pun xdalah sakit duk pikir masalah lain,
sedangkan masalah yg ada pun xsettle2 lagi nie,

yang peliknya tiap kali dia ada masalah nape aku kena tahu?
kenapa aku perlu tahu semua yg dia alami ?
sedangkan aku xnak ambik tahu langsung pasal dia...
dia bukan sapa2 lagi utk aku ..
kan bagus kalau dapat hidup jauh ...
tapi lari jauh mana sekalipun kenangan tu tetap xkan pernah hilang...

hatimu milikmu jua...

Di sisimu aku terdiam seribu bahasa
Di hatiku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahkan
Ku cinta padamu
Nafasku terhenti bila melihat dirimu
Terasa pantas degupan jantungku
Mungkinkah hatimu milikmu jua
Ku sayang padamu..

Bagai bahtera
Dilanda badai
Gelora cintamu
Mengoncang jiwaku
Berombak mencari
Daratan yang damai

Kanku coretkan kenangananmu
Dalam sanubariku ini
Agar jadi yang terindah
Dalam hidupku ini .

macam mana erkkk? aku konfuis gak nie....

macam mana nak berbaik dgn org yg pernah buat kita sakit hati..?
macam mana nak berbaik dgn org yg pernah buat kita kecewa...?
macam mana nak pulihkan hubungan yg dah lama terputus....?
macam mana nak terima seseorang yg selama ni jadi musuh kita tapi jadikan kawan baik...?
macam mana nak terima diri dia seadanya...?
macam mana nak hilangkan rasa benci...?
macam mana nak hilangkan rasa marah pada seseorang...?
macam mana ? macam mana ? macam mana ?

sebabnya dah penat hidup dlm keadaan mcm nie..
sebabnya dah penat bermusuh...
sebabnya dah penat untuk membenci...
sebabnya dah penat hidup dalam kesakitan...
sebabnya xnak ada musuh dlm hidup nie
sebabnya aku inginkan kedamaian dan ketenangan....

perlukah  diberi peluang kedua ?
perlukah utk bagi ruang pada dirinya untuk berubah ?
perlukah biarkan ia hidup bahagia dan mendoakan dia ?
perlukah aku teruskan permusuhan nie ?

sampai bila nak terus kan kehidupan begini...?
sampai bila nak terus bermusuh ...?
sampai bila nak saling membenci...?

Xsalahkan jika diberi peluang untuk berubah dan perbaiki hubungan yang dah rapuh.
semua orang buat salah,jadi kenapa x diperbetulkan..?
nape mesti nak cari salah dan silap diri masing..?
xboleh ker jujur dan ikhlas dalam sesuatu perkara....?

jom bercerita " sekali lagi "

semalam tgk filem " Sekali Lagi " bestnya sweet sgt citer tu.tgk aksi keletah mia..comel sgt..
tapi mmg best citer tu romantik, comel , kelakar n sedih,
semua dapat rasa secukup rasa...hehhehehhe
tapi yg best sekali cerita ni ending dia " happy "
nasib x sedih...tengah citer ni mmg sedih tambah2 masa
lisa marahkan mia sbb jumpa ayah dia...
dan yg paling sedih masa lisa citer pd haris masa silam dia dan
sapa amran yg sebenarnya...
dan akhirnya lisa memilih haris sbagai teman hidupnya,
so sweet kan citer nie..suka sgt..
akhirnya setelah lama menderita dan kecewa akhirnya lisa bahagia...

p/s: xda sapa apa yg akan tahu apa yg bakal terjadi pada diri kita melainkan Dia....
      xkan ada Kebahagian kalau xhadirnya Derita dan Dugaan,
      Tulah Kuasa yang Maha Esa...Amin.

Renung-Renung Kan....





yang berlalu biarkan berlalu....Peace Yo..

bila kita nak berubah tapi tibe2 org ungkit mcm2,
kalau korang sakit hati x ?
sakit mmglah sakit hati kan,
tp kita ni patutnya bagi sokongan pada dia yg nak berubah ni
bukannya menjatuhkan dia,
kalau semua duk menghentam dia mcm mn dia nak bangkit utk berubah,
xda org dlm dunia ni yg nak jadi jahat selama2nya.
org macam ni perlukan seseorg yg boleh tlg dia untuk bangkit dr terjatuh.
mungkin dia silap dlm mengatur hidup dia...
mungkin dia silap dalam mengejar sesuatu...
mungkin dia silap dalam membuat keputusan...
mungkin dia silap dalam memilih pasangan hidup...
mungkin dia silap dlm banyak hal...
tapi ada hal yang betul dibuatnya yang kita xpernah nampak dan sedar..
dan perlu diingat xda manusia yg sempurna dalam dunia nie,
kita pun belum tentunya yang TERBAIK...

rumusan nya disini : yang berlalu biarkan berlalu, kenapa perlu sakit menyakiti antara satu sama lain, bak kata pepetah lah kan " jgn marahkan nyamuk kelambu habis dibakar ".

* Peace Yo..Peace No War......
                            

uik diam2 dah bulan Julai...cerciter dyana..

ermmm xsedar dah bulan julai kan...ermmm terasa cepat sgt masa berlalu,
sejak akhir2 ni banyak keje rasa penat pun ada, kalau dapat pergi spa kan best..hehehhe
kalau dapatlah kan, tapi penat2 pun masih boleh gi jalan sana sini bawa dyana,
kalau lah dah ada kereta senang sikit nak bawa dyana jalan2,
panjang jer langkah kaki ni nak kesana sini...hehheheheh
xpa xlama jer, nanti dapatlah dyana naik kete baru...insya allah dlm tahun ni
ada rezeki lebih sikit yg penting dyana happy dan selesa,

bila dyana happy,,dyana pun berkata " kita enjoy dulu mama "hehehehhe
dyana dah petah berkata2 sampai mama dia pun xterkata dibuatnya,
dan ada masa mama dia lak yg terlelap dgr dyana duk bercerita,
tp kadang2 jerlah,selalu mama dia akan pastikan dia tidur dulu baru mama dia tido,
tp tido dgn dyana punyalah lasak dia tido, satu katil tu dia blh pusing 360 darjah...ahahhahah
yang pasti dyana comel, cute dan mama syg dyana ...
sayang sangat2 lebih dari segalanya..

" dyana sentiasa dihati mama & permata hati mama "
assalamualaikum semua,

lama mimie xupdate blog mahupun facebook. sejak akhir2 ni sibuk sikit banyak keje,
dah tu ada masa keje labih masa, yerlah kalau nak harapkan gaji yang ada belum tentu cukupnya,
itu nak bayar, ini nak bayar...serabut juga kepala ni kadang2,
tapi alhamdullilah buat masa ni semuanya teratur dan mencukupi,
yerlah duit tu xkan dtg bergolek kalau xdicarikan,
xkan nak berharap gantung pada org lain selama-lamanyakan,
dalam kepenatan bekerja tu kadang2 hilang penatnya bila melihat wajah anak tersayang,
nasib ada dayana, kalau x rasa mcm xbernyawa,
yerlah anak dan ibu mana boleh dipisahkan.
apapun mimie lebih bahagia dgn kehidupan mimie yg sekarang,
xbanyak tekanan dan bebanan yg perlu ditanggung dan digalas,
malah hidup mimie jauh lebih bahagia dari sebelum nie,
xperlu nak mengharap kasih dari org yg xpernah menghargai kasih dan sayang kita.
oklah mimie nak kena kuar sebabnya nak gi beli barang untuk dayana,
so besok lusa kalau free kita sambung citer balik,..bye

waalaikumsalam....

inilah hakikat dan lumrah kehidupan yg perlu dilalui...

sabar, sabar tu lah yg selalu aku ingatkan dalam hati ni, tapi makin sabar, makin diam diri makin menjadi2 pulak orang pijak kepala kita..dah terlalu banyah bertolak ansur, ingatkan dah berubah dan lebih bertanggungjawab tapi tengok gaya mcm sama saja malah makin teruk lagi kot... kaya mcm mana kita sekalipun kalau dah xkeje duk menghabiskan duit jer,akhirnya duit tu habis jugak, bkn bertambah tapi berkurang..kalau nak kata xmampu bekerja tu lainlah ni sihat pun xnak keje, masih nak harapkan orang suap makan, minum n pakai.
 kita ni makin lama umur makin meningkat, bila2 masa saja nyawa kita boleh di ambil. kadang2 org tgh berborak, tgh tido atau tgh bermain pun nyawanya boleh diambil..jgn ingat muda jer...( walaupun aku sentiasa kelihatan muda...hehehheeheh )..besok bila nyawa kita dh diambil satu benda xsempat nak dibuat dan diselesaikan sapa nak jawab masa disana nanti...? tambah2 bila soal hutang nie...ha jgn ingat hal ni main2..dekat dunia ni bolehlah lari dari membayar hutang disana nanti jawablah.
dah tu xkurang juga yg kuat menipu,org jenis ni bolehlah dikategorikan jenis putar belit.tapi org yg suka menipu ni kadang xselamat,dia menipu mcm mn pun org akan tahu juga akhirnya xkira lah lambat atau cepat.kadang2 tu dia terkantoi sendiri...tapi dah byk kali terkantoi pun kadang2 xsedar diri gak tu...tapi bila sekali kena yg kaw2 baru nak sedar kot...yerlah biasalah kan , manusia ni sekali xkena dekat diri sendiri dia xkan sedar2 , tapi bila apa yg dia buat pada org lain kena pada diri dia sendiri baru dia nak sedar...lumrah kehidupan yg sememangnya perlu dilalui walau susah dan pahit mcm mn pun..
  aku ni pun xpernah lepas dari buat kesilapan dan kesalahan dan xada manusia yg sempurna dlm dunia,cuma kadang2 kita yg sentiasa rasa diri kita ni terlalu bagus dan terbaik, hakikatnya tidak...belajar dari kesilapan dan perbetulkan kesalahan adalah yg terbaik dari kita terus membuat kesilapan dan melakukan kesalahan yang sama hingga menyusahkan pihak yang lain.

cuti-cuti malaysia bersama anak tersayang di cameron highlands...

 akhirnya dapat juga gi bercuti di cameron highland bersama anak tersayang. sebenarnya dah lama nak bawa isya gi bercuti di cameron sejak dari dia dlm perut lagi sbb masa tu teringgin sangat nak makan aiskrim strawberry dicameron highland, tp xkesampaian..tapi alhamdullilah akhirnya tercapai gak hasrat nak pergi cameron bersama anak tersayang...memang best dan seronok. dan yang lebih penting isya seronok n happy tu yang penting..jom kita tengok gambar2 percutian kitaorg mama n isya...


sebenarnya byk gambar tapi ni jerlah yg dapat kongsikan bersama ni juga adalah kenangan yang paling best dan terindah. so next plan bercuti mungkin ke ..... hehhehe rahsia lah nak tau kena tunggu nnati erkkk.....


yang ni pulak aiskrim strawberry yang buat aku nak datang sangat dekat cameron highland nie.memang sedap giler tambah2 buahnya yang fresh...yummy..yum..yum...




my besday,selamat hari jadi , selamat ulangtahun, selamat hari lahir ......

24.4.2011 genaplah umur yang ke.......tut tut. tima kasih pada kawan2  n family yang wish besday n yg celebrate besday mimie...dalam banyak2 tahun, tahun 2011 ni yang paling best sekali mimie menyambut hari jadi bersama 2org kawan yg sememangnya baik n terbaik dan family yang sentiasa ada dan xlupa juga Puteri mama Dyana Batrisyia yang sentiasa ada menemani mama..
Ternyata tahun ni berbeza dari tahun2 yg sebelum ni, kerna ianya lebih bermakna dan bererti, xpernah rasa seperti yang sekarang ni, terlalu bahagia dan masih ada juga insan yang sayangkan diri ini, walaupun bergelar sahabat tetapi amat bererti dan bermakna dalam hidup mimie...







 nilah dua org best friend yg sambut besday mimie, yg tgh tu ct n sebelah tu shamsiah..n yg kecik molek n sweet2 tu dah tentulah Puteri mama Dyana Batrisyia  patutlah diaorg ajak kuar jumpa rupa2nya ada plan ...so tima kasih banyak2 sebab korang yang terbaik dan sahabat yang paling mimie sayang.





Selesai jer sambut besday bersama kawan, balik rumah disambut pulak oleh family...huhuhu..memang terharu rasanya n gembira pun ada sebab sambut besday 2kali..dan yang paling seronoknya PUTERI mama potong kek n nyanyikan lagu besday untuk mama dia...

Dan mimie amat bersyukur sangat2 kerna masih dipanjangkan umur untuk meneruskan kehidupan didunia nia dan dapat melihat anak mimie membesar setiap hari didepan mata..Sesungguhnya itu hadiah yang paling bererti dan bermakna dalam hidup mimie jika dibandingkan dari yg lain..Memiliki satu-satunya Permata Hati iaitu Dyana Batrisyia adalah Hadiah paling berharga yg x ternilai dan xdapat ditukar ganti...

suka dan xsuka, suka bila....xsuka bila...

suka bila time senang. xsuka bila time susah,
suka bila diperlukan, xsuka bila xdiperlukan.
suka bila ada org yg selalu tlg, xsuka bila xda org nak tolong,
suka bila ada duit byk, xsuka bila xda duit,
suka bila boleh menumpang kesenangan org lain,xsuka bila kena cari kesenangan sendiri,
suka bila org tlg dapatkan keje, xsuka bila kena cari keje sendiri,
suka bila boleh hidup bebas, xsuka bila dikawal ,
suka bila menipu, xsuka bila diri sendiri kena tipu,
suka bila kecewakan hati org, tp xsuka dikecewakan,

dan yang paling xsuka org yang hidup senang atas usaha dan kesenangan org lain, mengambil jalan pintas untuk keluar dari masalah dgn cara yang amat mudah,walhal diri tu mmg xmampu tapi berlagak mcm org kaya.bukan tu jer ada pulak yg dah sememangnya xmampu nak pikul 1 tanggungjawab tapi berlagak seolah2 mampu utk pikul tanggungjawab lbh dr 1, padahal tanggungjawab yg 1 tu jer pun xmampu untuk nak disempurnakan lagi...yang penting aku xmcm tu...hahahhahahahah..

mimie ni xlah jahat n xlah baik sangat tapi al-hamdullilah sekarang ni dah tahu bezakan yg mana kaca dan mana permata, yang mana asli dan mana palsu. Pengalaman ni kadang2 buatkan mimie hidup lbh berhati2 terutama dlm memilih kawan. bukan tu saja malah mimie nak hidup mimie kali ni lebih baik dan lbih terjamin dari sebelum nie, dan alhamdullilah buat masa ni mimie dapat teruskan hidup mimie dgn kerjaya yg lebih baik dan terjamin.dan kehidupan lebih bermakna dgn ditemani satu-satunya Puteri Tercinta dan Tersayang Nur Dayana Barrisyia.

Itu Semua Hanya Sementara.....

Di sini bermulanya pertemuan yang terakhir
Kehilangan amat terasa di hati
Mungkinkah ini yang tertulis di tangan takdir
Ku terima perpisahan ini

Dulu kita satu jiwa satu impian
Susah dan senang kita bersama
Namun itu semua hanya sementara

Hanya lagu yang menjadi ingatan
Hanya lagu yang menjadi kenangan
Seandainya masa itu kembali semula
Ingin ku memiliki lebih dari itu

Mungkinkah ini yang tertulis di tangan takdir
Ku terima perpisahan ini
Perpisahan yang tak ku duga telah terjadi
Dirimu pergi biar ku sendiri

penghujung bulan march tibanya bulan april...

sibuk betul cik mimie kita nie sejak keje tempat baru ni, masa bersama kwn2 pun dah berkurangan sangat bukan jer time nak jumpa susah tp nak call kwn2 pun kadang xsempat...tp nasib ada sorang kwn ni yg sentiasa setiap minggu yg selalu bertanyakan khabar cik mimie kita..bertuah ada kawan yg sentiasa ingat pada kita dan ada diwaktu susah dan senang. tapi dalam sibuk2 ni cik mimie xlepaskan peluang untuk tulis blog...
bertambah sibuk lagi apabila cik mimie kena blaja akaun pulak...huhuuhuhu..so tanggungjawab pun bertambah lagi. siapa kena training lagi utk blaja akaun ni, al-maklum cik mimie ni dulu blaja xambik akaun sbb xminat so bila diberi tugas utk buat akaun dh mula pening kepala..so ada masa sebulan utk betul2 blaja buat akaun nie...yerlah perkara yg berkait dgn duit ni kena buat betul2...
so bila dah ada peluang diberi kita ambik dan gunakan sebaik mungkin, jangan sia2 kan peluang yang ada kerna peluang yg datang tu bukannya selalukan..so cik mimie study hard from now..tgk bkn jerr kena blaja akaun tapi kena blaja BI jugak...huhuhuhu..
 masa untuk main2 dah abis, skrang kena serius dgn setiap perkara dan keputusan yang ingin dibuat.so mimie semoga anda success dan jadi the best woman n the best single mother...hanya kita yang boleh merubah diri kita bukannya orang lain...

Menghitung Hari ....

Lagi 1Bulan 7 hari ...bersamaan 37 hari...
xsabar nak tunggu hari dan saat tu,
harap2 kehidupan lebih baik nanti,
Semoga semuanya berjalan dengan baik dan lancar
Semoga tarikh tu membawa Keberkatan dan Kebahagian dlm hidup ..Ami

dekat dimarah dan dibenci, tapi bila berjauhan jadi rindu ....

 ermmmm bila ada depan mata Marah,Benci,Bertekak
Tapi bila xda depan mata mulalah Tercari2, Tertanya2 dan Rindu pun ada agak....
 bila hari-hari jumpa rasa busan
 tapi baru beberapa jam xjumpa , xmsg n xcall dah jadi resah .
selalu kalau xcall akan msg tapi hari ni dua2 pun xda...
ermmm..mungkin sibuk kot,byk keje kot..
itu kalau betul2 sibuk n banyak keje, kalau  x......!!!!????
ishhh...apasal lak nak duk pikir kan dia,
dia bukan sapa-sapa pun , hanya Sahabat,
tapi tulah dh xda teman utk bergaduh, bertekak ni rasa sunyi pulak...
bukan sunyi apa, sunyi sbb ari ni terlalu free sampai mata ni duk rasa nak terlelap jer..

ada yang kata aku sedang di lamun cinta dan bermain cinta...
hahahhahaha...buat aku tergelak jer ,
aku ni nak bercinta ,ishhhhh2....ada masa ke nak pikir soal tu semua..???


    
p/s : andai aku ditakdirkan utknya dan hadirnya utk memberi kebahagian aku akan terima dirinya seada,
  dan andai dia juga dapat menerima diri ku ini seadanya akan ku terima dia seiklas hati.

Salam Terakhir ....!!

Hari ni mimie xsibuk sangat seperti hari-hari sebelumnya, keje agak kurang sikit hari nie jadi bila dah free nilah time untuk mimie singah dekat blog2 yang ada..
Sambil2 sambil tu nak berkongsi cerita juga..

Semalam dapat berita yang agak sedih iaitu arwah abg mizi telah meninggal dunia.
Al-Fatihah buat  arwah abg mizi, semoga dia ditempatkan dikalangan orang yang beriman dan semoga rohnya dicucuri rahmat...yang menyedihkan lagi 2 minggu sebelum tu,arwah ayah abg mizi juga telah meninggal dunia..Arwah abg mizi meninggal disebabkan menghidap penyakit kanser,dah lama gak arwah menangung sakit,last dapat berjumpa dengan arwah masa raya tahun lepas buat rumah terbuka..masa tu arwah mmg nampak dah lain,..dan mungkin pemergian arwah adalah terbaik daripada arwah terus menangung kesakitan.

Perkenalan dengan arwah abg mizi bermula masa bekerja di 7-eleven..arwah seorang yang baik, kelakar dan sporting giler...selalu kalau jumpa time nak bank in duit dkt bank public, sbb arwah bekerja di bank public xpun time arwah datang beli brg dekat 7-eleven...xlama tu arwah ditukarkan ke cwangan public bank lain, terputuslah hubungan buat sementara waktu..setahun xlama lps tu berjumpa semula apabila mimie ditukarkan pula ke cwangan 7-eleven yg lain dimana disitu arwah abg mizi bekerja...itupun xlama sebab  xlama lps tu arwah ditukarkan lagi ke cawangan yang lain lagi...
kebetulan kakak mimi pun bekerja dipublic bank sama dgn tempat arwah
so tahu lah jugak perkembangan tentang arwah,
arwah pun kalau dijemput dtg umah kalau ada kenduri atau jamuan arwah akan dtg...
arwah pun dh kenal semua ahli keluarga mimie...

ha tulah citer yang mimi nak kongsi dengan korang semua..
sebenarnya mimie terkilan gak sbb xdapat gi jumpa atau melawat arwah masa dihospital.
yang mampu mimie buat doakan arwah dan sedekahkan Al-Fatihah buat arwah...

p/s : Nyawa kita adalah pinjaman sementara sahaja,sampai masa akan diambil 
       semula tanpa kita tahu bila waktunya ....
       mungkin masa tu kita dah bersedia dan mungkin juga tidak,
       oleh tu pastikan apa yang belum kita selesaikan didunia ni kita selesaikan selagi kita bernafas.
      
     

Selamat Hari Wanita Ke-100 ....

Selamat Hari Wanita Ke-100 untuk semua Wanita-Wanita Sedunia,
tahun ni masuk tahun ke-2 ada orang wish Selamat Hari Wanita,
Tahun ni jugak bertambah lagi sorang yang wish Selamat Hari Wanita dkt aku,
rasa dihargai walaupun sekadar bergelar sahabat dan abang tapi diaorg berdua ni
terlalu baik buat aku, berkawan dikala susah dan senang. Sentiasa memberi nasihat2 yang
positif dan sentiasa memberi sokongan di saat aku memerlukan.

" Selamat Hari Wanita Ke-100. Semoga terus kekal sebagai Wanita yang tabah , berdikari serta penuh kasih sayang....Semoga tahun ni lebih baik dari tahun2 yang lepas "
( ni msg pertama yang aku dapat awal pagi tadi..)

" Selamat Hari Wanita Ke-100 "
( ni msg kedua yang aku dapat 1jam yang lepas....)

Setiap kali hari wanita aku xpernah tahu sbb xpernah  tahu pun
 tapi bila ada yang wish baru aku tahu adanya Hari Wanita.
Bagus kan kalau semoga Lelaki dlm dunia ni tahu menghargi Wanita.
Kadang-kadang orang yang dekat dgn kita pun xpernah wish dekat kita ,sebaliknya
orang yang jauh dari kita,yg kita xpenah jumpa dan xpenah ada sebarang hubungan
dengan kita yang ingat Hari2 yang Penting utk kita.

p/s : Bersyukur sangat2 kerna dalam hidup ni ada juga insan yang tahu menghargai dan menilai
       diri ini...

Terasa Rindu Dengan Kawan-Kawan Lama...

Ahad lepas kawan baik yg sememangnya baik telah selamat melangsungka Perkahwinannya dikedua2 belah pihak.Semoga mereka bahagia kekal ke Akhir Hayat ...Amin..Meriah juga majlis perkahwinan kawan baik aku nie,yang bertambah bestnya sebab dapat jumpa ramai kawan2 lama tapi sayangnya xdapat nak duduk lepak lama2 dengan kawan2 sebab balik tumpang orang,al-maklum lah lesen kereta xLulus lagi...
Seronok juga kalau dapat kumpul ramai2 mcm dulu mesti meriah kan, teringat lak zaman bekerja di 7-eleven memang best giler. macam2 perangai baik dari staff,mt, asm,sm dan fm..semua nak ikut rentak masing2,ada yang sekepala dan ada yang xsekepala,walaupun skrang masing2 dah bawa haluan masing2,dan ramai dari kawan2 yang dulunya bekerja di 7-eleven kini dah pun berhenti tapi masih terus berhubung antara satu sama lain.
  Oleh tu dapatlah satu idea dari seorang ni, yang dulunya juga pernah bekerja di 7-eleven dan pernah menjadi staff aku ( pian namanya ) memberi idea untuk membuat satu Group di Fb khas untuk Ex 7-Eleven.Alhamdullilah dapat juga sambutan dari geng 7-eleven..dan dalam perancangan juga sebenarnya nak adakan Reunion untuk Ex 7-eleven...Mesti meriah lah,bkn jer meriah tapi riuh rendah dgn gelagat geng2 7-eleven nie...Tahun lepas sempat juga buat reunion berbuka puasa di Sekinchan Ikan Bakar , tapi ramai yg xdapat hadirkan diri, lgpun masa tu ramai yg xtau lagi.So tahun ni harap2 dapat dilancarkan dgn baik...dan xsabar rasanya nak buat reunion bersama geng2 7-eleven ni,selain dari dapat berjumpa kawan2 lama dapat juga merehatkan fikiran nie.
  Tibe-tiba lak aku ni bersemangat pulak nak buat Group 7-Eleven ni.Bukan apa seronok rasanya sebab dapat jumpa kwn2 mesti banyak perkara yang nak diborakkan nanti.Kalau dulu aku dengar cakap kawan2 mesti skrang aku lagi bahagia...ishhhh tibe2 lak aku ni nak touching2. Xbaik tau menyesali dgn apa yang pernah terjadi..."xmo xmo mcm tu mimie,mimie dah xboleh sedih2 lagi dan buat apa nak sedih2 buang airmata jer,membazir tau " kata-kata dari seseorang.

 Dunia 7-eleven penuh dengan Kenangan.Kenangan Manis + Pahit.Tapi banyak Manis dari Pahitnya.

Perkahwinan belum tentu dapat selesaikan masalah,Kehidupan kian mencabar perlu dilalui.

Ada juga yang berkata dengan Berkahwin dapat selesaikan masalah yg  dialami,
tp bagi aku itu bukan jalan yang terbaik, itu beerti lari dari masalah dgn mencari jalan pintas.
Mendirikan dan Membina Perkahwinan mmg suatu yang mudah Tapi utk Kekalkanya xsemudah
yang kita sangka.
Kadang2 kita rasa kita dah cukup kenal pasangan kita, tp kita silap masa bercinta dan masa berkahwin adalah perkara yg berbeza dan karakter pasangan kita juga lain.
Belum dapat macam2 janji ditaburkan tapi bila dah dapat dibuang macam SAMPAH...
Sekurang-kurangnya ingatlah Pergorbanan yang pernah dilakukan,
Sekurang-kurangnya juga ingatlah saat2 susah dulu,
Bukan menyesal atau mengungkit tapi rasa sedih dn terkilan atas apa yang berlaku.
Dan akan dibuktikan juga tanpa Perkahwinan aku juga boleh hidup lebih bahagia
malah kehidupan akan jadi lebih baik dari sebelum nie.
Tapi aku juga xpernah menolak jika jodoh datang secara tiba-tiba.

Oleh itu,
Untuk mengejar dan merealisasikan Impian bukanlah sesuatu yang mudah,
tp dengan Kesungguhan dan Keyakinan yang kuat Insya Allah,
semuanya akan berjalan dengan baik,
Walaupun pernah jatuh,tapi kini aku yakin yang aku boleh bangun dan
bangkit dari jatuh dan mengejar apa yang selama ni aku tinggalkan.
Jangan Mudah Putus Asa itulah kata2 yang selalu aku ingat dan pegang.

p/s : Tidak ada manusia yang sempurna dalam dunia ni, jadi jangan kita rasa diri kita dah cukup sempurna bila kita berjaya menyakiti orang lain.
       ( Ermmmmm...betul ker ayat aku tu...huhuhuhu...........)

Bermulanya satu Episod baru ....

Semalam bermulalah satu episod baru dalam hidup aku.
bkn jer hidup baru, tapi hati dan semangat baru di tambah dengan kerjaya baru sekarang...
kali ni kerja aku agak mencabar sikit,
tapi yang bestnya kali ni ramai kawan2 sekerja,
xdalah busan sangat mcm keje2 sebelum nie,
jadi otak pun xdalah banyak sgt nak pikir yg bukan2,
ni pun waktu rehat dapatlah curi2 update blog...
apa2pun kali ni aku happy ,
happy dengan kehidupan yang semakin baik.

Nilah episod baru untuk kali nie, tapi jangan lupa untuk
episod baru yang akan datang,
mcm lirik dalam lagu nie
" Jangan bilang tidak bila kita belum mencuba"
ok xdapat nak tulis lama2, ada keje memangil...

Tutup buku lama,Buka buku baru...

Ada orang kata.benci tu tandanya rindu dan ada pulak yang kata marah tu tandanya sayang..
tapi yer ker...? Mungkin Ya dan mungkin Tidak kan...?
tapi bagi aku Ya...
makin kita benci makin bertambahlah rindu kita ,
makin kita marah makin bertambahlah sayang kita.
walau berkali2 kita cuba untuk membuang semua perasaan itu
tapi perasaan tu tetap tersemat dalam hati kita
sukar utk kita buang dan sukar untuk ditukar ganti.
tidah salahkan kalau kita mendoakan org yang kita sayang tu supaya hidupnya lebih bahagia ?
memang betul melepaskan org yg kita sayang dan mendoakan kebahagiaannya
membuat hidup kita lebih bahagia dan tenang.
Tutup buku Lama, Buka buku Baru...itu yang Terbaik.

p/s : jangan sesekali kita menyesali dengan apa yang pernah terjadi
dan berlaku pada diri kita walaupun yang terjadi dan yang berlaku tu menyakitkan hati.

Gelisah Di Jiwa...

Ermmm...dah brp hari xdapat update blog,
hari ni cuba juga update blog walaupun sekejap,
beberapa hari ni sibuk sikit ke sana sini,
mengunakan masa sepenuh dan sebaik mungkin bersama isya,
sbb mungkin lepas ni masa untuk bersamanya terhad.

Setiap yang hidup pasti akan mati,
jodoh,pertemuan, ajal dan maut semua ditangan Allah,
kita cuma boleh merancang dan Allah yang menentukkan
segalanya...
tapi kita masih boleh berusaha dan bukannya
hanya duduk meratapi setiap kegagalan.

Setiap kutukan, hinaan, makian, dari orang aku terima dengan hati
yang terbuka..amin 
Setiap kebencian yang dilemparkan juga aku terima 
dengan hati yang terbuka...amin

p/s: 1 jari kita menuding kesalahan pada orang , 4jari lagi menuding ke arah kita.
      

Di Bulan Fenruary .....

Dah nak masuk bulan February...
bulan yang membawa satu lagi kehidupan yang baru dlm hidup aku,
entah kenapa sejak akhir2 ni bermcm2 bermain difikiran,
dan aku berharap dibulan february ni memberi kehidupan yang lebih
bermakna dalam hidup aku.

Langit xselalu cerahkan, tapi kadang2 bilanya cerah xsiapa tahu,
begitu juga dengan dugaan yang kita alami,
xsiapa sangka dan menduga ianya akan terjadi pd diri kita,
namun kita sebagai hambanya perlu sabar dan tabah dlm
mengharungi setiap dugaan yg kita hadapi.
Siapa kita untuk menolak dan marah pada takdir yg telah ditentukan.

Kini yang dicari Kebahagiaan,Ketenangan dan Kasih Sayang,
jauh disudut hati tiada siapa yang tahu perasaan ini,
Ya, mereka lihat aku tersenyum , bergelak ketawa
seolah2 tiada masalah tapi mereka tidak tahu disebalik
senyuman dan gelak ketawa ku itu ada kisah duka yg tersimpan.

Kini menanti saat-saat itu berakhir,
padamkan segala kisah duka dan sedih,
terbitkan sinar kebahagiaan dan ketenangan,
lupakan segala yang pahit,
jadikan ianya pengalaman dan pengajaran yang paling ber Erti,
Bangkit dari segala kejatuhan,

p/s : Jangan mencari sesuatu yang belum pasti kita akan dapat,
       Jangan mengharap pada sesuatu yg belum pasti milik kita,
       Jangan hanya terus menanti dan menanti,
       Tapi teruslah Berdoa dan Berdoa kepadaNya..amin.
     

HikMah DiSebalik Dugaan Tiada Siapa Yang Tahu...

Kedamaian dan Ketenangan hidup merupakan harapan setiap Insan,
Bahkan jiwa manusia menginginkan agar kesenangan itu abadi dalam kehidupannya.
Tidak selamanya Langit akan Cerah,
Kadang-kadang Mendung mewarnai perjalanan hari,
kerana ia merupakan permintaan suatu ketentuan.
Begitu juga dalam Kehidupan Insan bahawa setiap Penderitaan,
Dugaan dan Kesengsaraan merupakan Ketentuan Ilahi
yang harus di Terima dengan Hati yang Jernih.

Dan tidak ramai yang tahan dalam menerima Ujian Allah SWT.,
mungkin kerana dorongan hawa nafsu yang cintakan kehidupan di Dunia.
Sesungguhnya sangat besar Rahmat yang Tersimpan disebalik
Dugaan bagi Insan yang Sabar.

p/s : Semoga aku mampu hadapi dugaan yang mendatang dan sabar dalam menghadapi setiap ujian yang diberikannya....Amin.

TiAdA MaNuSiA yAnG sEmPuRna DaLam HiDuP iNi....

Kadang-kadang manusia nie mudah lupa diri,
dan bila ianya lupa diri semua yang indah yg pernah dikongsi bersama org yang pernah membantu,menyayangi,setia,jujur,ikhlas dan menerima setiap kekurangan yang ada tapi xpernah dihargai...
Bila rasa sakit hati, benci hadir dalam diri kite,
Bila rasa ketidak puas hati ada dlm diri kite,
Bila rasa marah yg teramat sgt ada dlm diri kite,
Semua yang Indah dulu menjadi Pahit secara tiba2..

Menyesali Perkahwinan yg pernah dibina...?
Menghina Perkahwinan yg pernah dibina...?
Menghina Kenangan Perkahwinanan yg disimpan...?
hingga ada yg sanggup mengeluarkan kata2 yg kasar menghina sebuah
perkahwinan yang pernah dibina suatu masa dulu...
tapi mungkin dia lupa,  Perkahwinan yang pernah dibina itulah
lahirnya seorang insan yang kini bergelar Cahaya Mata....!!

Mengapa perlu menyesali setiap apa yg pernah berlaku..?
Bukan kah itu semua telah diTentukan...?
Sapa kita untuk Menghukum dan Menghina seseorang tu...?
Dan siapa dia untuk Menghina Diri Ini..???
Layak Kah Dia...????


p/s: kadang-kadang kita tidak sedar ada kata-kata kita yang menyinggung dan menyakiti hati seseorang..
      kadang-kadang kita juga lupa siapa diri kita sebenarnya..
      dan kadang-kadang kita terpaksa buat sesuatu yg kita tidak sepatutnya buat.

Time Go To School...Dyana Wake Up...

" dyana bangun mama nak go to work "
dyana masih tido dengan lenanya.sambil mamanya mencium kedua belah pipinya.
tapi dyana masih xnak bangun jugak.
" dyana bangunlah mama nak gi work nie "
sekali lagi mama cuma kejutkan dyana
" dyana bangun nak gi school x? abg iman nak gi school ".
dyana mula menunjukkan reaksi utk bgn dr tido..
" jom bangun mandi, gosok gigi,pakai baju cantik,kita gi school abg iman yer "

dyana pun bangun,sambil tu dipeluk dan dicium oleh mamanya dulu,
sbb bau dyana yg agak2 masam tu sedap baunya...huhuhuhu
mcm biasa dyana setiap pagi akan mandi bersama mamanya.
dyana skrang senang nak diuruskan,
dh boleh uruskan diri dia sendiri cuma perlu diberi perhatian..
selepas siap mandi mamanya akan memakaikan pampers dan baju.
dan tibe masa mamanya utk bersolek dyana pun turut serta bersolek gak..
sibuk nk pakai lipstick,eyeshadow..tau2 kadang2 dh siap bersoleh satu muka dyana...
pantang nampak alat solek mama dia habis digunakan...

dah siap semuanya ,dyana akan mula mencari begnya,
dah kata nak gi school kan..kenalah bw beg ....
satu jer perangai dyana,kalau nak kuar umah malas jalan,
so mamanya lah yg akan dukung dia sampai ke taman permainan ,
dan disana dia akan dijaga oleh atuk n nenek nya..
dekat situlah school dyana...


tgklah aksi dyana digerai nasi lemak nenek n atuknya,
pantang nampak buku atau alat tulis sibuk nak menulis,
kalau nampak kakak piya, kakak natasya n kakak ayu buat kerja sekolah dia
pun sama gak sibuk nak buat kerja sekolah...
selagi xdapat selagi tu lah dia akan cari dan minta buku dia.
Ni lah aktiviti seharian dyana setiap pagi..

nak tau aktiviti belah malamnya pulak..?
nak tau kena ikuti post yg seterusnya nanti...