konfius, konfius oh konfius nyer aku nie...

kenapalah tiba-tiba boleh konfius dgn diri sendiri dan konfius dgn perasaan sendiri...
ermmmm..mula-mula excited nak buat, lps tu  takut pulak,
ermmmm..mcm mn nie?
hangat-hangat taik ayam pulak aku nie,
hari tu excited sgt ,tapi bila nak mulakan jadi kaku n takut2 lak..
bkn apa takut nanti dikata " hidung x mancung pipi tersorong2 "
kejap yakin, kejap x yakin...
tapi kalau xcuba xtau pulak hasilnya mcm mn...
tapi kalau org mmg dah xsuka blh ker tiba2 dia jadi suka..?
lainlah aku ni mmg jenis lembut hati,
bila dah sayang, akan syg sorang tu jer sampai bila2..

xpalah korang doakan jerlah aku dapat apa yg aku inginkan,
xbyk xlebih pun...
hanya ingin hidup bahagia bersama org yg disayang dan dicintai..

mood raya tiba2 hilang, aku pun nak bahagia gak dipagi raya beraya bersama...

apasal ni mood raya tibe-tibe hilang,
dari td duk pasang lagu raya mood xdtg2 gak,'
nak nangis adalah...huhuhuhu

aku pun nak bahagia mcm pasangan lain,
beraya dipagi raya bersama anak dan suami,
aku pun nak rasa nikmat bahagia tu utk selamanya bkn sementara,
kalaulah aku ada kuasa aku akan pastikan dipagi raya dia ada bersama,
tp itu memang suatu perkara yg mmg mustahil dan xkan terjadi,
kalau terjadi pun ianya hanya dalam mimpi,

harap jiwa dan hati ni kuatlah dipagi raya,
harap senyuman yg akan terukir bkn titisan airmata,
harap lebaran kali ni membawa seribu rahmat,
harap2 juga lebaran kali ni membawa erti yg bermakna,
harap juga dia bahagia...amin.


Aishah : Pulanglah (HQ Audio)


termenung ku sendiri.....

ermmm..lagi berapa hari dah nak raya...
rasa seronok pun ada, rasa sedih pun ada, mcm2 rasalah ada...

yang seronoknya sbb dapat beraya bersama anak tersayang,
dah tentu isya lagi seronok sbbnya dapat pakai baju baru, kasut baru, beg baru..
tambah2 tahun ni papa dan tok wan dia belikan 3pasang baju raya n sepasang kasut raya,
alhamdullilah tahun ni rezeki murah , so dapatlah beli keperluan lbh sikit utk isya..

tapi yang x seronoknya sbb kekurangan seseorg dlm raya kami berdua..ermmmm
sekali jer isya dapat berasa beraya bersama-sama mama & papanya,
itupun masa dia baru 2-3 bln, xtau apa2 lagi pun masa tu,
tahun yg kedua raya dah mula raya berasingan..
kalaulah masa tu  dapat diundurkan, tentu isya akan lbh bahagia
dan kehidupan kami akan lebih indah...

kali ni berharap sangat syawal tahun ni lebih baik dr sebelumnya,
dan harap sangat lepas ni xkan ada tercetusnya apa2 perbalahan dan
harap2 lepas ni semuanya akan jadi lebih baik...Amin.

boleh x kalau kita jadi mcm dulu....?

boleh ker kita jadi macam dulu balik ??
kalau boleh saya nak jadi lebih baik dari dulu..
tapi itu kalau boleh...
kenapa kita xboleh jadi mcm dulu ???
sebab awak dah xsuka saya lagi kan....
xboleh ker kita mencuba utk jadi mcm dulu ???
mcm mn nak jadi mcm dulu kalau sorang jer yg bertepuk tangan...
benci sgt ker awak dengan saya ???
ya, mungkin benci,tapi benci tu bkn tandanya rindu ....
atau marah sgt ker awak dengan saya ???
tak jugak, tapi adalah sikit marah tu....
awak mmg xnak kita jadi mcm dulu ker???
ermm entahlah saya xtau, sbb saya sendiri pun konfius ....
habis tu awak xnak cuba ker utk perbaiki hubungan kita ???
entahlah awak, insya allah kalau ada jodoh lagi kita akan bersama semula...

* so pastikan setiap hari xhenti berdoa agar allah makbulkan permintaan kita dan selain berdoa kita juga kena berusaha utk capai sesuatu tu, xboleh hanya berserah pada takdir saja...jadi jangan kita sia-siakan masa yang sikit ni terlepas begitu saja..

masih ada ruang kah di hatinya untuk diri ini..sedangkan dia ingin jauh dr diri ini....


bila hati tu dah sayang, org buat apa pun kita tetap terima...
bila hati dah sayang jugak semua benci jadi indah,
bukan senang kan untuk kita nak melupakan ttg sesuatu tu tambahan bila ia pernah jadi sebahagian dari hidup kita....sebab tu ada juga yang mengatakan, " Hati wanita ni lembut " sekeras2 kerak nasi tu kalau ditaruk air akan lembut jugak mcm tu jugaklah dengan hati wanita.....

salah ke kalau kita terus mencintai dan menyayangi seseorang tu walaupun kita tahu ianya xkan mungkin kita miliki... x salahkan kalau kita mencuba ...berharap dan berdoa akan suatu hari nanti hatinya akan terbuka hatinya juga untuk kembali kepada kita demi utk insan yang tersayang...( Anak ).

kalau kita boleh terima dia seadanya kenapa susah utk dia terima kita seadanya ?
kalau diikutkan rasa hati yang memberontak, marah, benci tu mmglah akan binasa tapi cuba kalau difikirkan dari sudut yang lain...atau pikirkan tentang seseorang yg beerti atau yg kita sayang seperti " Anak "....
setiap orang nak lihat anak dia hidup dengan sempurna dan bahagia, punyai keluarga yang lengkap begitu juga dengan anak yang inginkan sepenuh kasih sayang dan perhatian dari ibu dan ayahnya...

xsalah kalau kita berkorban untuk perkara yang bermakna, mana tahu ada kebaikan dan sesuatu yang diluar jangkaan kita yang akan berlaku pada diri kita....setiap orang akan berubah tapi antara mahu dengan tidak saja...dan mana tahu dengan perubahan yang kita buat ini akan membuatkan kehidupan kita akan lebih baik dari hari2 dan tahun sebelumnya...? jadi xsalah kalau kita mencuba kan...

* walau dia bukan yang pertama tapi dia akan jadi yang terakhir dalam diri ini..selamanya.






Renung - Renung kanlah sebagai Panduan ...

1.Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..

4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.

8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?

11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.

13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.

14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?

15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

17.. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?

18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?

19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.

20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.

22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali

23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.

Allah s.w.t. berfirman, “Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan”

Samsons-Kenangan Terindah

titisan airmata Kegembiraan atau Kesedihan...Perlukah kita berbalah....

kenapa perlu lagi menitiskan airmata ? sedangkan airmata tu amat berharga ...
hari ni airmata yang dah lama xmenitis kembali menitis semula,
kenapa perlu dititiskan sedangkan ianya dah lama tersimpan ,
apakah kerna DIA...
atau masih ada kah perasaan Sayang itu wujud dlm diri ni utk Dia...?
atau juga masih ada perasaan Cinta untuk dia walaupun berkali disakiti...?
kenapa perlu menangis kerna Dia.

Kenapa tiap kali ada jer perbalahan yg timbul...?
susah ker untuk nak berdamai, perbaiki hubungan yg keruh tu...?
sampai bila nak terus dalam keadaan mcm ni...?
tolak ansur dan kesabaran yg mcm mn perlu  diberikan padanya..?
susah ker dia nak paham akan diri ini...?
sedangkan aku cuba utk paham dirinya dan masalahnya...?

Dulu kita boleh jadi kakak dan adik, dulu kita boleh jadi satu pasangan yg inginkan kebahagian,
dulu kita pernah menjadi suami dan isteri dan Mengapa kini kita perlu bersengketa walaupun kita dah xbersama....Salah ker kalau hubungan yg terputus tu dibaiki semula...?
andai ada benci dan sakit hati sekalipun, xkan hendak dibiarkan sampai ianya merosakkan sesuatu hubungan?
andai ada benci, ada sakit hati hati ni lebih sakit kerna hati ni yg byk disakiti dan dilukai,
tapi kita manusia xberhak utk nak menghukum sesiapa, andai dia bersalah sekalipun...

Andai masa tu dapat diputarkan alangkah indahnya kerna xkan dibiarkan ianya menjadi kenangan yang pahit  dan xkan di biarkan apa yg terjadi sekarang terjadi...mungkin ada kesilapan yang kita sendiri xsedari tapi xsalah kan kalau ianya diberi peluang dan kemaafan padanya...kalau ianya boleh mambahagiakan ...
xcuba kita xtahu..gagal sekali xbererti kita gagal utk selama2nya,...

p/s : janganlah ada sengketa antara kita, padamkanlah semua kebencian dan kemarahan tu untuk kebaikan bersama...amin.


SEDAR XSEDAR DENGAN APA YANG KITA LAKUKAN,.....

dunia ni indah kalau kita tahu gunakan dengan sebaiknya, hidup pun akan jadi indah dan bahgia jika kita tahu hargai orang sekeliling kita. kita kadang-kadang lupa pada realiti kehidupan kita yang sebenar, mudah terbabas dan terjajar ke arah yang tidak ada hala tuju.kita juga mudah lupa pada setiap apa yg pernah kita janjikan ,tahu berjanji tapi cepat untuk memungkiri janji itu juga.

Ada masa kita jadi orang yang Ego, bkn Ego malah Terlalu Ego..kita malu untuk meminta maaf dan mengaku kesalahan kita walhal kita tahu yang kita memang salah tapi xnak dan tetap xnak terima kenyataan.sebaliknya kita tetap pertahankan perasaan Ego kita tu supaya kita xdipandang rendah..susah sangat ker untuk kita nak mengaku kesalahan yg kita dah buat ? susah sgt ker untuk kita memohon maaf pada org yg dah kita sakiti ?
susah ker untuk menerima kenyataan yang kita telah gagal ...??? gagal tapi kita bangun , bangkit dari terjatuh dan cuba merubah keadaan supaya menjadi lebih baik bukannya terus jatuh dan membiarkan diri kita terus terjunam dan dikawal oleh org yg mampu beri kita apa yg kita inginkan..

Mungkin Ya jawapanya bagi orang yang xtahu erti Tanggungjawab, mengharapkan belas kasihan dan perhatian dari orang tanpa berusaha. Dan tidak bagi orang yang tahu erti Tanggungjawab, Pengorbanan, Kesusahan dan Kesakitan. Mendapatkan sesuatu hasil dari usaha kita sendiri itu adalah yang terbaik dan paling bermakna dari kita selalu mengharapkan sesuatu dari org.

Tapi kalau itu yang kita rasa boleh membuatkan hidup kita bahagia teruskanlah tapi hidup macam tu xsampai kemana pun , sampai masa nanti disaat kita kehilangan sesorg yang kita selalu harapkan kita akan jatuh tersungkur dan pada masa tu kita dh xmampu untuk lakukan apa-apa. jangan sekali-kali kita salahkan takdir jika apa2 yang buruk berlaku pada kita, kerna orang yang menyalahkan takdir adalah orang yang tidak percaya pada qada dan qadar ..oleh tu setiap kesenangan akan bermula dengan kesusahan, dan setiap kesakitan tu juga akan berakhir dengan kebahagian. Oleh itu hargai lah insan yang ada disamping kita, hargailah kasih sayang yg diberi berbaiklah selama ianya masih di dunia.

p/s : sedar x sedar, xtau apa yang ditulis, menulis apa yang terfikir dalam kepala ni lalu terus menaip dan menaip tanpa sedar masa berlalu..mungkin ini juga apa yang dirasai oleh diri ini....