sesaat kau datang, sesaat kau pergi...

lari lah sejauh mana nak lari, 
diamlah selama mana nak membisu,
xkan dikejar, xkan dipaksa untuk berkata...
jika itu yang terbaik teruskan , moga itu yang terbaik..
tapi itu belum dapat menyelesaikan segala masalah yang ada..
semakin kita cuba menjauh semakin dekat ia akan menghampiri diri kita,
semakin lama kita mendiam selama itu juga banyak yang terpendam...
naper xdilepaskan apa yang patut terluah...???
jangan biarkan masalah berterusan2 menghimpit diri kita,
xkan selamanya kita nak diselubungi dengan masalah...
selesaikan apa yang sepatutnya...
mendiamkan diri dan menjauhkan diri bukan keputusan yang terbaik...
masih ada ker hal tersembunyi yang masih disembunyikan..???
jangan risau selepas ni segalanya akan selesai..
diri ini pun sebenarnya dah penat, terlalu penat...
teruskanlah dengan kehidupan yang diidamkan...
carilah kebahagian untuk diri sendiri dan bukan untuk diri orang lain...

IKHLAS DAN REDHA DENGAN APA YANG KITA LAKUKAN....

seronoknya buka2 blog tgk ramai rupanya yang visit..thanks pada yang sudi visit blog mimie...dari yg luar negara pun ada gak visit.

hari ni mimi xkeje sebab ada hal yang perlu diuruskan jadi terpaksalah mimi cuti untuk uruskan hal2 yang sepatutnya dan akhirnya selesai semua hal yang patut diselesaikan. harap-harap lepas ni semuanya dah xda masalah lagi, yerlah dah nak masuk tahun baru kan, xkan kita masih nak berada di takuk yang sama jugakan, dalam hidup kena ada perubahan, kalau x sampai bila2 pun kita xkan dapat apa yang kita impikan...janji perubahan yang kita lakukan untuk kebaikkan dan bukan ke arah keburukan.

 makin lama kehidupan kian mencabar, perlu banyak bersabar dalam setiap perkara yang kita lakukan ,takut2 nanti memakan diri sendiri.apapun keputusan yang kita buat kena pikir baik dan buruknya,dan kadangkala keputusan yang kita buat tu juga belum pasti yang terbaik dan belum tentu yang terburuk.,,susahkan walaupun nampak mudah tapi bila kita yang dah merasanya akan rasa terlalu berat bila hendak membuat sesuatu  keputusan.

sama juga macam mimi nak membuat keputusan untuk diri sendiri pun susah, walaupun kadang2 ianya boleh membahagiakan mimi, tapi mimi memilih jalan yang susah untuk melihat orang lain bahagia..kadang2 terfikir juga berbaloi ke dengan apa yang telah dibuat dan sampai bila harus macam nie??? mimi pun nak bahagia macam orang lain yang tengah bahagia...nak ada kehidupan yang lengkap..sebuah keluarga yang sempurna...
mimie teringat dengan kata2 seseorang ni yang pernah bagi nasihat pada mimie, makna dia bagi mimie amat mendalam dan sampai sekarang mimie akan ingat pesanan dan ayat itu....

Kadang kita meminta pada Allah setangkai bunga yang indah,
tapi Allah s.w.t berikan kita kaktus berduri,
kita meminta kupu-kupu,tapi diberikan ulat.
Kita marah!!
Namun kemudian kaktus itu berbunga , indah sekali dan
ulat itupun menjadi kupu-kupu yang cantik.
Itulah jalan ALLAH SWT....
indah pada waktu-Nya !
Allah tidak memberi apa yang kita harapkan,
tapi Allah s.w.t memberikan apa yang kita perlukan.
Kadang kita sedih,kecewa,terluka serta berburuk sangka,
Tapi jauh diatas segalanya,
Allah sedang merangkai yang Terbaik dlm kehidupan kita...
Agar kita belajar untuk selalu Ikhlas dan Redha.

setiap apa pun yang kita nak buat pastikan kita IKHLAS dan REDHA, kerna hanya itu yang terbaik untuk kita, belajar dari kesilapan dan bukan mengulangi kesilapan yang sama berulang kali....kenal dan cari siapa kita sebenarnya dan apa yang kita inginkan dan perlukan dalam hidup yang singkat ini kerna xsemuanya kita akan memilikinya....

lembutkan hatinya untuk terima ku seadanya....

berhenti berharap, kerna dia yang hanya boleh membuka pintu hatinya...

ermmm ...lama rasanya x update blog nie..huhuuhuh..tau2 tgk ramai gak yg singgah blogwalking di blog ...tima kasih sebab sudi jalan2 diblog yang xseberapa nie..sejak2 keje baru nie tugasan baru yg byk membuatkan xda masa utk nak berblog,tapi bila sekali dah ada masa mmg xkan sia2kan peluang yang ada seperti hari ni...yerlah apa gunanya ada blog tapi dibiarkan begitu sajakan...
 Cuba teka lagi berapa hari saja kita nak masuk ke tahun yang baru...adalah lagi 13 hari...fuhhhh macam xpercayakan..matlamat yang ingin dituju dan dicapai masih xkesampaian ...ada jer halangan.Kadang2 tu rasa macam dah berputus asa tapi tulah selagi xcapai matlamat yang diinginkan selagi tu rasa ada kekurangan.Sememangnya sukar untuk mengecapi sesuatu yang kita inginkan..makin kita cuba makin susah untuk kita memilikinya...
 Tapi yang pasti sekarang matlamat hidup untuk membesarkan dan memberi perhatian yang sepenuhnya pada satu2nya Puteri tunggal @ Permata Hati Nur Dayana Batrisyia..kerna dia jantung ni masih berdegup, kerna dia nadi ini juga bernyawa..kerna dia segalanya2 dalam hidup ini..biar sesusah mana pun hidup ni , biar apa sekalipun pandangan buruk org terhadap diri ini yang pasti aku jalankan tanggungjawab yang sepatutnya sebagai seoarng ibu...mungkin ada kekurangan tapi aku serahkan pada yang maha esa untuk menentukannya..yerlah sapa yang xnak hidup ada keluarga yang sempurna dan lengkap tapi bila kita dah cuba untuk melakukan apa yang sepatut dan semampunya tapi orang lain hanya mengelak serta menjauhkan diri malah tidak pernah cuba apakan daya kita untuk memaksa...sedih memang sedih tapi perlu ker untuk kita teruskan bila orang dah mmg xperlukan kita dalam hidupnya..
  Memang penat , memang letih...sampai masanya untuk aku terus berhenti berharap darinya...