Di Bulan Fenruary .....

Dah nak masuk bulan February...
bulan yang membawa satu lagi kehidupan yang baru dlm hidup aku,
entah kenapa sejak akhir2 ni bermcm2 bermain difikiran,
dan aku berharap dibulan february ni memberi kehidupan yang lebih
bermakna dalam hidup aku.

Langit xselalu cerahkan, tapi kadang2 bilanya cerah xsiapa tahu,
begitu juga dengan dugaan yang kita alami,
xsiapa sangka dan menduga ianya akan terjadi pd diri kita,
namun kita sebagai hambanya perlu sabar dan tabah dlm
mengharungi setiap dugaan yg kita hadapi.
Siapa kita untuk menolak dan marah pada takdir yg telah ditentukan.

Kini yang dicari Kebahagiaan,Ketenangan dan Kasih Sayang,
jauh disudut hati tiada siapa yang tahu perasaan ini,
Ya, mereka lihat aku tersenyum , bergelak ketawa
seolah2 tiada masalah tapi mereka tidak tahu disebalik
senyuman dan gelak ketawa ku itu ada kisah duka yg tersimpan.

Kini menanti saat-saat itu berakhir,
padamkan segala kisah duka dan sedih,
terbitkan sinar kebahagiaan dan ketenangan,
lupakan segala yang pahit,
jadikan ianya pengalaman dan pengajaran yang paling ber Erti,
Bangkit dari segala kejatuhan,

p/s : Jangan mencari sesuatu yang belum pasti kita akan dapat,
       Jangan mengharap pada sesuatu yg belum pasti milik kita,
       Jangan hanya terus menanti dan menanti,
       Tapi teruslah Berdoa dan Berdoa kepadaNya..amin.
     

HikMah DiSebalik Dugaan Tiada Siapa Yang Tahu...

Kedamaian dan Ketenangan hidup merupakan harapan setiap Insan,
Bahkan jiwa manusia menginginkan agar kesenangan itu abadi dalam kehidupannya.
Tidak selamanya Langit akan Cerah,
Kadang-kadang Mendung mewarnai perjalanan hari,
kerana ia merupakan permintaan suatu ketentuan.
Begitu juga dalam Kehidupan Insan bahawa setiap Penderitaan,
Dugaan dan Kesengsaraan merupakan Ketentuan Ilahi
yang harus di Terima dengan Hati yang Jernih.

Dan tidak ramai yang tahan dalam menerima Ujian Allah SWT.,
mungkin kerana dorongan hawa nafsu yang cintakan kehidupan di Dunia.
Sesungguhnya sangat besar Rahmat yang Tersimpan disebalik
Dugaan bagi Insan yang Sabar.

p/s : Semoga aku mampu hadapi dugaan yang mendatang dan sabar dalam menghadapi setiap ujian yang diberikannya....Amin.

TiAdA MaNuSiA yAnG sEmPuRna DaLam HiDuP iNi....

Kadang-kadang manusia nie mudah lupa diri,
dan bila ianya lupa diri semua yang indah yg pernah dikongsi bersama org yang pernah membantu,menyayangi,setia,jujur,ikhlas dan menerima setiap kekurangan yang ada tapi xpernah dihargai...
Bila rasa sakit hati, benci hadir dalam diri kite,
Bila rasa ketidak puas hati ada dlm diri kite,
Bila rasa marah yg teramat sgt ada dlm diri kite,
Semua yang Indah dulu menjadi Pahit secara tiba2..

Menyesali Perkahwinan yg pernah dibina...?
Menghina Perkahwinan yg pernah dibina...?
Menghina Kenangan Perkahwinanan yg disimpan...?
hingga ada yg sanggup mengeluarkan kata2 yg kasar menghina sebuah
perkahwinan yang pernah dibina suatu masa dulu...
tapi mungkin dia lupa,  Perkahwinan yang pernah dibina itulah
lahirnya seorang insan yang kini bergelar Cahaya Mata....!!

Mengapa perlu menyesali setiap apa yg pernah berlaku..?
Bukan kah itu semua telah diTentukan...?
Sapa kita untuk Menghukum dan Menghina seseorang tu...?
Dan siapa dia untuk Menghina Diri Ini..???
Layak Kah Dia...????


p/s: kadang-kadang kita tidak sedar ada kata-kata kita yang menyinggung dan menyakiti hati seseorang..
      kadang-kadang kita juga lupa siapa diri kita sebenarnya..
      dan kadang-kadang kita terpaksa buat sesuatu yg kita tidak sepatutnya buat.

Time Go To School...Dyana Wake Up...

" dyana bangun mama nak go to work "
dyana masih tido dengan lenanya.sambil mamanya mencium kedua belah pipinya.
tapi dyana masih xnak bangun jugak.
" dyana bangunlah mama nak gi work nie "
sekali lagi mama cuma kejutkan dyana
" dyana bangun nak gi school x? abg iman nak gi school ".
dyana mula menunjukkan reaksi utk bgn dr tido..
" jom bangun mandi, gosok gigi,pakai baju cantik,kita gi school abg iman yer "

dyana pun bangun,sambil tu dipeluk dan dicium oleh mamanya dulu,
sbb bau dyana yg agak2 masam tu sedap baunya...huhuhuhu
mcm biasa dyana setiap pagi akan mandi bersama mamanya.
dyana skrang senang nak diuruskan,
dh boleh uruskan diri dia sendiri cuma perlu diberi perhatian..
selepas siap mandi mamanya akan memakaikan pampers dan baju.
dan tibe masa mamanya utk bersolek dyana pun turut serta bersolek gak..
sibuk nk pakai lipstick,eyeshadow..tau2 kadang2 dh siap bersoleh satu muka dyana...
pantang nampak alat solek mama dia habis digunakan...

dah siap semuanya ,dyana akan mula mencari begnya,
dah kata nak gi school kan..kenalah bw beg ....
satu jer perangai dyana,kalau nak kuar umah malas jalan,
so mamanya lah yg akan dukung dia sampai ke taman permainan ,
dan disana dia akan dijaga oleh atuk n nenek nya..
dekat situlah school dyana...


tgklah aksi dyana digerai nasi lemak nenek n atuknya,
pantang nampak buku atau alat tulis sibuk nak menulis,
kalau nampak kakak piya, kakak natasya n kakak ayu buat kerja sekolah dia
pun sama gak sibuk nak buat kerja sekolah...
selagi xdapat selagi tu lah dia akan cari dan minta buku dia.
Ni lah aktiviti seharian dyana setiap pagi..

nak tau aktiviti belah malamnya pulak..?
nak tau kena ikuti post yg seterusnya nanti...





Indahnya kalau kita tahu menghargaiNya.....

Kadang kita meminta pada Allah setangkai bunga yang indah,
tapi Allah s.w.t berikan kita kaktus berduri,
kita meminta kupu-kupu,tapi diberikan ulat.
Kita marah!!
Namun kemudian kaktus itu berbunga , indah sekali dan
ulat itupun menjadi kupu-kupu yang cantik.
Itulah jalan ALLAH SWT....
indah pada waktu-Nya !
Allah tidak memberi apa yang kita harapkan,
tapi Allah s.w.t memberikan apa yang kita perlukan.
Kadang kita sedih,kecewa,terluka serta berburuk sangka,
Tapi jauh diatas segalanya,
Allah sedang merangkai yang Terbaik dlm kehidupan kita...
Agar kita belajar untuk selalu Ikhlas dan Redha.

Sayang Sangat-Sangat...Peneman tido,sedih n gembira.


nilah aktiviti mama n dyana kalau hari cuti,
mama akan setiap minggu bawa dyana gi jln2 n makan2,
kalau xberdua akan keluar bertiga,
Mc Donald menu yg selalu dipilih bila kuar berdua dgn dyana,
tengoklah gaya dyana makan burger,
sesibuk mcm mn n penat mcm mn pun masa yg ada akan digunakan dgn sebaiknya
untuk anak mama yang tersayang sorang nie....






yang ni lak kakak dyana yang paling baik,
nama nya kakak sofea ,
anak buah aku yg ke-10,
nilah teman dia di rumah ,
dyana ni memilih gak kalau nk berkawan,
kalau sekepala dgn dia , dia oklah,
kalau x,dia xkan geng dgn org tu...

Kini Tiba Masanya....

12 hari telah berlalu ditahun baru nie...
mcm2 dan banyak perkara dan hal yg telah berlaku sepanjang tempoh 12 hari ni...
tapi kehidupan tetap perlu diteruskan,
dah xda masa untuk berhenti dan toleh kebelakang lagi,
kerana masa yang lalu xmungkin boleh diulang semula,
yang perlu difikirkan masa yang akan datang..
dalam masa 12 hari ni jugak ada 2 perkara yg mmg selama ni takut n xberani buat tapi
akhirnya aku berani buat...macam xpercaya,tapi tu lah kenyataan..
ternyata sebenarnya aku mampu utk lakukannya,
cuma mungkin sebelum ni keberanian dan keyakinan xda dlm diri aku.

selama 14 bulan aku hidup dlm keadaan yang terluka,sedih,kecewa,hampa,
sakit hati, makan hati,penuh kesabaran dan harapan terhadapnya,
namun semua tu hanya tinggal kenangan..
bak bait-bait lirik lagu saleem (tinggal kenangan )
"pernah ada rasa cinta, antara kita kini tinggal kenangan"

kini dah xnak sedih2 lagi...
nak happy jer..rugi airmata ni utk org yg xbermakna..betul tak ???
bak bait-bait lirik lagu Datuk Siti Nurhaliza ( Ku Percaya Ada Cinta )
"Ku rela biar betapa pun perit tertusuk duri
 Jalan berliku tiada bertepi
 Ku percaya tidak sia-sia aku diuji
 Demi cinta tersembunyi hikmahnya pasti"


"Renung Sejenak........."
Dari kesusahan itu akan diperolehi kesenangan dan kebahagiaan,
sebab durian berduri kerana sedap isinya,
kulit manggis pahit sebab manis di dalamnya
dan bunga ros berduri kerana harum baunya.

 Untuk mendapatkan jiwa yang bahagia ada empat perkara;
 berani kepada kebenaran,
 tahu rahsia dari pengalaman kehidupan,
 pandai menjaga kehormatan batin
 dan adil walaupun pada diri sendiri.

Tahun Baru 2011....

eHEM,Ehem,eHEM.......

sedar xsedar rupa-rupanya dah tahun yang baru..
ermmm, umur pun nampaknya bertambah lg 1 angka ....!
wajah blog pun dah bertukar baru ....
wajah saya lak ...??? bertukar ker ?
mungkin Ya dan mungkin Tidak....
tapi Harus ada perubahan dalam diri dan kehidupan utk tahun nie.

agak-agaknya apa yg akan berubah dlm diri mimie utk tahun 2011 nie...
mungkin dr seorang yg sabar akan menjadi keras kepala...
mungkin juga dr seorang yg lemah lembut jd keras hati...
mungkin juga dr seorang yg pendiam mula memberontak...huhuhuhu
tapi itu bukan mimie yg sebenarnya...
mimie tetap mimie yg sama, cuma ada sedikit kelainan dlm hidup yg akan dibina...
mimie akan pastikan apa yg di Impi dan di Hajati utk tahun 2011 ni akan termakbul dan tercapai...
buat yang Terbaik utk Diri Sendiri dan Anak Tersayang ( Dyana Batrisyia ).

Seperti orang lain mimie pun inginkan Kebahagian ,
Kebahagian bersama orang2 yang tersayang,
Kebahagian bersama Anak Tersayang
Kebahagian berrsama org yang Dicintai
Kebahagian bersama org yang tahu Menghargai dan Menilai,
Semoga suatu hari nanti ada Kebahagian yang menanti....Amin