Kini Tiba Masanya....

12 hari telah berlalu ditahun baru nie...
mcm2 dan banyak perkara dan hal yg telah berlaku sepanjang tempoh 12 hari ni...
tapi kehidupan tetap perlu diteruskan,
dah xda masa untuk berhenti dan toleh kebelakang lagi,
kerana masa yang lalu xmungkin boleh diulang semula,
yang perlu difikirkan masa yang akan datang..
dalam masa 12 hari ni jugak ada 2 perkara yg mmg selama ni takut n xberani buat tapi
akhirnya aku berani buat...macam xpercaya,tapi tu lah kenyataan..
ternyata sebenarnya aku mampu utk lakukannya,
cuma mungkin sebelum ni keberanian dan keyakinan xda dlm diri aku.

selama 14 bulan aku hidup dlm keadaan yang terluka,sedih,kecewa,hampa,
sakit hati, makan hati,penuh kesabaran dan harapan terhadapnya,
namun semua tu hanya tinggal kenangan..
bak bait-bait lirik lagu saleem (tinggal kenangan )
"pernah ada rasa cinta, antara kita kini tinggal kenangan"

kini dah xnak sedih2 lagi...
nak happy jer..rugi airmata ni utk org yg xbermakna..betul tak ???
bak bait-bait lirik lagu Datuk Siti Nurhaliza ( Ku Percaya Ada Cinta )
"Ku rela biar betapa pun perit tertusuk duri
 Jalan berliku tiada bertepi
 Ku percaya tidak sia-sia aku diuji
 Demi cinta tersembunyi hikmahnya pasti"


"Renung Sejenak........."
Dari kesusahan itu akan diperolehi kesenangan dan kebahagiaan,
sebab durian berduri kerana sedap isinya,
kulit manggis pahit sebab manis di dalamnya
dan bunga ros berduri kerana harum baunya.

 Untuk mendapatkan jiwa yang bahagia ada empat perkara;
 berani kepada kebenaran,
 tahu rahsia dari pengalaman kehidupan,
 pandai menjaga kehormatan batin
 dan adil walaupun pada diri sendiri.