Salam Terakhir ....!!

Hari ni mimie xsibuk sangat seperti hari-hari sebelumnya, keje agak kurang sikit hari nie jadi bila dah free nilah time untuk mimie singah dekat blog2 yang ada..
Sambil2 sambil tu nak berkongsi cerita juga..

Semalam dapat berita yang agak sedih iaitu arwah abg mizi telah meninggal dunia.
Al-Fatihah buat  arwah abg mizi, semoga dia ditempatkan dikalangan orang yang beriman dan semoga rohnya dicucuri rahmat...yang menyedihkan lagi 2 minggu sebelum tu,arwah ayah abg mizi juga telah meninggal dunia..Arwah abg mizi meninggal disebabkan menghidap penyakit kanser,dah lama gak arwah menangung sakit,last dapat berjumpa dengan arwah masa raya tahun lepas buat rumah terbuka..masa tu arwah mmg nampak dah lain,..dan mungkin pemergian arwah adalah terbaik daripada arwah terus menangung kesakitan.

Perkenalan dengan arwah abg mizi bermula masa bekerja di 7-eleven..arwah seorang yang baik, kelakar dan sporting giler...selalu kalau jumpa time nak bank in duit dkt bank public, sbb arwah bekerja di bank public xpun time arwah datang beli brg dekat 7-eleven...xlama tu arwah ditukarkan ke cwangan public bank lain, terputuslah hubungan buat sementara waktu..setahun xlama lps tu berjumpa semula apabila mimie ditukarkan pula ke cwangan 7-eleven yg lain dimana disitu arwah abg mizi bekerja...itupun xlama sebab  xlama lps tu arwah ditukarkan lagi ke cawangan yang lain lagi...
kebetulan kakak mimi pun bekerja dipublic bank sama dgn tempat arwah
so tahu lah jugak perkembangan tentang arwah,
arwah pun kalau dijemput dtg umah kalau ada kenduri atau jamuan arwah akan dtg...
arwah pun dh kenal semua ahli keluarga mimie...

ha tulah citer yang mimi nak kongsi dengan korang semua..
sebenarnya mimie terkilan gak sbb xdapat gi jumpa atau melawat arwah masa dihospital.
yang mampu mimie buat doakan arwah dan sedekahkan Al-Fatihah buat arwah...

p/s : Nyawa kita adalah pinjaman sementara sahaja,sampai masa akan diambil 
       semula tanpa kita tahu bila waktunya ....
       mungkin masa tu kita dah bersedia dan mungkin juga tidak,
       oleh tu pastikan apa yang belum kita selesaikan didunia ni kita selesaikan selagi kita bernafas.