Besok raya haji...ermmm kali ke-2 beraya haji bersama anak tersayang...Tapi sayang kali ni tahun ni kami beraya berdua saja....Tp bkn berdua sebenarnya beramai2 dengan adik beradik, tambahan tahun ni kak lang akan beraya bersama-sama dengan kitaorg satu family..Pasti meriah sebab lengkap 1 family aku...
Dalam menyambut Raya Haji besok, tiba-tiba aku teringat akan sesuatu....sapa lagi dialah...
huhuhuhu rasa sedih ada rasa gembira pun ada..
Hp aku berbunyi pada petang sebelum raya haji...( raya haji 2009 )
" asslamualaikum..awak kat mana? "
" saya dekat rumah dengan anak lah. ada apa call nie "
" besok kan raya haji, awak xnak raya dengan saya ker ".
" awak yang xnak balik rumah mcm mana saya nak raya dengan awak ".
" ok , awak tunggu jap lagi saya sampai , kita raya sama-sama "
" ok".
Xlama kemudian dia sampai ,walaupun ada rasa marah tapi dalam masa yang sama aku happy sangat sebab dia pulang untuk beraya bersama aku dan anak. Walaupun pada masa tu hubungan aku dengan dia xsebaik mana. Tapi demi anak aku terima dia dengan hati yang terbuka. Besoknya kami bertiga beraya dirumah mak aku dan memakai baju sedondon iaitu warna pink..sampai sekarang baju tu aku simpan dgn baik sekali dalam almari rumah ku..baju aku, isya dan papa nya..
Tapi ianya bersifat sementara...kini hanya aku dan isya.

