masihakah hadir....

Sering harungi sendiri kekurangan diri
Hanya tuhan mengerti
Tak mengharap sang cinta mahupun dicinta
Umpama tiada rahsia.....


tu intro permulaan ..hehehhe
ermmm..sekejap jer kan dh hujung bulan nak masuk bln 7...
besok dah dapat gaji...tu yg paling best
bila dapat gaji perkara pertama yg terfikir nak bawa isya jalan2 n makan2..
memang tu aktiviti setiap bulan , tiap kali dapat gaji..

citer pasal isya ,sekarang ni tiap hari bangun awal pagi..
biasalah bila dah bangun awal dia akan kejutkan mama dia
xlain nak minta buatkan susu untuk dia..
dah tu sekarang pagi2 mesti nak makan..
so skrang ni mama kena bangun pagi siapkan breakfast untuk dia..
menu special yg dia suka sekrang ni roti telor..
mama dia pun skrang tiap2 pagi kenalah breakfast gak sama dgn dia..
tu kalau hari keje, kalau cuti mama bawa isya gi mkn roti canai...

seronok sangat walaupun menikmati masa berdua saja..
kalau bertiga mungkin lagi seronok agaknya...
tapi tu memang mustahillah kan..
tapi xmustahil kalau kita mencuba dan berusaha...
apapun isya ada pun dah buat mama gembira sangat2..

Masihkan hadir jua menepis gelora
Tak kala aku merasa kecewa
Duniaku berubah kelam tak bermakna
Namun semangatmu ada dijiwa...